Screenshot 2025 04 17 160242

IPOH, April 17 — The Perak government requested its federal counterpart reconsider an allocation of RM20 million to study mineral resource deposits in the state, the state legislative assembly was told today.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad said this initiative would help the state government streamline and reassess all applications for mineral tenements, especially those involving the extraction of non-radioactive rare earth elements (NR-REE), as minerals emerge as a promising new source of revenue for the state.

He said the allocation would enable the Minerals and Geoscience Department (JMG) to conduct studies, exploration, or surveys.

“We have been informed that there are many other potential new minerals in the state and potential for extraction if the locations are identified.

“We will be able to develop not just NR-REE but also these new sources as new revenue streams for the government,” he said.

Saarani was replying to oral questions asked by Tronoh assemblyman Tiw Tee Siang during the state assembly sitting at the Perak Darul Ridzuan Building here.

Saarani also said that six privately-owned land plots in Kenering, located within the Hulu Perak District, have received approval for NR-REE mining after their Environmental Impact Assessment (EIA) reports were approved.

However, he said only one of these plots is currently active, operating as a pilot project for NR-REE mining.

“The remaining five land plots will be developed in phases to ensure environmental sustainability, in line with the Responsible Mining agenda outlined in the Perak Sejahtera 2030 Plan, and will only be activated once operations at the current NR-REE mining site conclude,” he stated.

“Preliminary studies conducted by JMG Malaysia Perak have identified four districts with potential NR-REE mineral resources, namely Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, and Kinta, with an estimated reserve of approximately 1.7 million metric tonnes.

“However, it is worth noting that between 70 per cent and 80 per cent of these potential reserves are located within forest reserve areas,” he said.

He added that the state government has earned the trust of the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability after the pilot project, which was approved by the federal government within the forest reserve, was executed systematically while preserving environmental sustainability.

From 2019 to 2023, Saarani said a total of three illegal NR-REE mining cases were successfully uncovered through the collaborative efforts of the Perak State Forestry Department, the Perak Land and Mines Office, and the police.

“These illegal mining activities took place within the Bintang Hijau Forest Reserve, Kenderong Forest Reserve, and Ulu Piah Forest Reserve — all located in the Hulu Perak district.

“A total of 31 individuals were arrested, comprising 10 local citizens and 21 foreign nationals. They have been charged under the Forestry and Immigration Acts,” he said.

Screenshot 2025 04 17 155118

Kota Kinabalu: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menjelaskan tiada sebarang lesen melombong, khususnya emas dikeluarkan kerajaan negeri dalam isu perlombongan mineral di Sabah.

Beliau berkata, apa yang dikeluarkan kerajaan negeri sehingga kini hanyalah lesen mencari gali atau 'prospecting licence' (PL) sebagai kebenaran untuk syarikat melakukan kerja eksplorasi di kawasan yang ditetapkan.

"Kita tidak pernah hingga ke saat ini memberi lesen melombong kepada syarikat yang telah memohon, apa yang berlaku ialah satu permohonan mencari gali.

"Soalnya kenapa kita tidak bagi kepada kerajaan, saya ingin menjawab soalan itu," katanya ketika menggulung perbahasan Jabatan Ketua Menteri Sabah pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) yang berlarutan hingga hampir jam 8 malam tadi.

Beliau memberi penjelasan itu selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) meminta penjelasan mengenai tanah seluas kira-kira 400 hektar di Nagos, Semporna yang didakwa diberi kepada pihak tertentu untuk aktiviti eksplorasi mineral.

Hajiji menjelaskan lesen mencari gali adalah bukan pajakan melombong (Mining Lease) yang membenarkan pemegang lesen melakukan pengeluaran mineral.

Katanya, bagi pajakan melombong, segala kepentingan kerajaan seperti ekuiti, royalti, fi pajakan melombong dan lain-lain akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Kabinet negeri.

"Tapi, kita belum sampai ke tahap itu, kita belum pun mengeluarkan lesen melombong.

"Jadi, persoalannya di kawasan Nagos ini, keputusan untuk memberikan lesen mencari gali (PL) kepada syarikat swasta adalah berdasarkan kepada strategi kewangan yang kukuh dan pengurusan risiko yang bijak.

"Aktiviti penerokaan mineral adalah satu aktiviti yang rumit dari segi teknikal seperti geologi kawasan, jenis mineral, infrastruktur dan lain yang memerlukan modal yang tinggi, dan berisiko tinggi.

"Ia memerlukan pelaburan awal yang besar tanpa sebarang jaminan pulangan," katanya mengulas kenapa kerja eksplorasi itu tidak diberi kepada syarikat milik kerajaan.

Screenshot 2025 04 16 082629

KUALA TERENGGANU, 15 April - Selaras titah DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga DUN ke-15, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman mengusulkan kerajaan negeri menguruskan peninggalan perlombongan secara bijak yang amat berpotensi, bukan sahaja sebagai tapak warisan tetapi juga sebagai tapak sumber baharu seperti Rare Earth Elements (REE).

"Kajian menyeluruh dan penglibatan komuniti setempat amat penting agar hasil bumi ini memberi manfaat kepada penduduk, bukan menjejaskan alam sekitar yang seharusnya dijaga dipelihara dengan baik.

"Kawasan bekas perlombongan yang boleh dijadikan tarikan sejarah dan eko pelancongan juga diberi tumpuan seperti Tasik Puteri Bukit Besi.

"Bukit Besi menyimpan sejarah penting sebagai pusat perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara sekitar tahun 1920 hingga 1970-an.

"Lokasi seperti Laluan Rel Lama, terowong tinggalan lombong, dan kawasan perkampungan bekas pekerja lombong boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan warisan dan pendidikan," katanya dalam ucapan perbahasan titah di Wisma Darul Iman, hari ini.

Jelasnya, pelaburan dan kemudahan asas serta promosi pelancongan lestari perlu ditingkatkan agar memberi limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan sekali gus membuka ruang serta peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan muda.

"Dalam masa sama, saya turut menyambut baik cadangan pembinaan yang melibatkan tenaga solar & hidro di Hulu Dungun yang diketahui umum berada jauh dari bandar.

"Ia bukan sahaja menjimatkan kos malah menyokong usaha kelestarian alam sekitar," katanya.

Screenshot 2025 04 16 082302

PETALING JAYA – Aspiring Lenggong Unesco Global Geo­park (aLUGGp) menganjurkan Seminar Antarabangsa 2025 yang julung kali diadakan dan berjaya menghimpunkan lebih 20 pakar geopark tempatan dan antarabangsa, penilai kanan serta pihak berkepentingan utama di Lenggong baru-baru ini.

Seminar selama tiga hari yang bertemakan Di Mana Bumi dan Sejarah Manusia Bertemu itu adalah antara usaha aLuGGp untuk mendapat sokongan bagi permohonan rasmi Lenggong untuk diiktiraf sebagai Unesco Global Geopark (UGGp) di Malaysia.

 
Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli dan Kelesta­rian Alam (NRES), Datuk Dr. K. Ching Thoo berkata, pihaknya dan juga kerajaan negeri Perak sedang menerajui usaha untuk mengangkat Lenggong ke pentas pengiktirafan global.
 

“NRES melalui Jabatan Mine­ral dan Geosains Malaysia (JMG), akan terus komited terhadap kerjasama teknikal seperti pe­metaan geologi, penilaian geo-warisan, pemantapan tadbir urus geopark berasaskan nilai saintifik, budaya, sejarah dan estetik.

“Seminar ini juga akan memperkukuh jalinan strategik dan mengukuhkan komitmen bersama untuk menjadikan geopark Malaysia sebagai model pembangunan mampan bertaraf dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Pengerusi Geopark Lenggong, Mohamad Fitri Hassan menjelaskan, Lenggong yang kaya dengan warisan geologi dan budaya mempunyai potensi besar untuk diketengahkan sebagai destinasi geopark yang unik dan menarik.

 

“Menerusi seminar ini, kita diberi peluang untuk berkongsi pandangan dan kepakaran bersama para pakar dalam bidang ­geologi, pelancongan dan pembangunan lestari.

“Ia bagi memperkasa dan memajukan Lenggong ke arah pengiktirafan sebagai Unesco Global Geopark.

“Dengan inisiatif kerjasama terjalin antara pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, komuniti setempat serta industri pelancongan, misi kita itu akan dapat direalisasikan,” katanya yang juga Pegawai Daerah Hulu Perak. -KOSMO! ONLINE

Screenshot 2025 04 15 160849

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, bertitah kutipan hasil bagi Perak pada 2024 merekodkan angka melebihi sasaran mencecah RM1.3 bilion, meningkat RM118.5 juta berbanding kutipan hasil pada 2023.

Baginda bertitah, usaha meningkatkan kutipan hasil negeri akan terus diterokai manakala perbelanjaan dikawal secara berhemat.

Titah baginda, untuk tiga tahun berturut-turut, negeri itu berjaya menutup Akaun Hasil Disatukan dengan kedudukan surplus (sebelum diaudit), iaitu RM45.6 juta pada 31 Dis 2024.

"Beberapa inisiatif dilaksanakan bertujuan menerokai potensi baharu hasil negeri, antaranya pemantapan pengurusan dan penguatkuasaan pengurusan sumber air di bawah Enakmen Sumber Air Perak 2023 dan mengenakan Caj Perkhidmatan Tempatan di bawah Enakmen Hotel 2023.

"Royalti industri perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) dijangka memberikan sumbangan hasil baharu yang signifikan," titah baginda ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah, sebagai pendekatan strategik ke arah mengembangkan potensi ekonomi biru secara mampan, Hala Tuju Ekonomi Biru dilancarkan supaya tercapai hasrat memakmurkan sumber laut dan mengurus sumber marin secara lestari.

"Usaha membangunkan sektor ekonomi biru akan direalisasikan melalui pembangunan sektor utama dan pemerkasaan sains, teknologi dan inovasi serta pemerkasaan pengurusan pemuliharaan marin," titah baginda.

Sementara itu, baginda bertitah, usaha membangunkan bandar pintar dirintis, melalui Blueprint Bandar Pintar 2040 yang menekankan elemen penduduk, seperti Majlis Perbandaran Manjung dan Majlis Daerah Kampar yang berjaya meraih status 'Smart City Early Adopters' menerusi Anugerah Penarafan Bandar Pintar 2024.

"Majlis Bandaraya Ipoh pula akan menjadi tuan rumah Persidangan Antarabangsa 'Cities Series Windows: Smart Green ASEAN Cities 2025' membabitkan 12 bandar raya negara anggota ASEAN.

"Kita menghargai sokongan Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang bersetuju menyediakan peruntukan kewangan untuk menjayakan pembangunan bandar pintar di Perak," titah baginda.

Baginda bertitah, pelbagai usaha dirintis untuk meningkatkan tahap pencapaian dan prestasi anak Perak dengan 17 program dilaksanakan bagi memastikan semua lapisan masyarakat mendapat akses kepada pendidikan berkualiti.

"Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) melipatgandakan usaha dengan melaksanakan sembilan program peningkatan kemahiran, dalam usaha mahu memenuhi hasrat menjadikan Perak koridor pendidikan latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang berupaya melahirkan modal insan lebih kompetitif.

"Bantuan insentif siswa disediakan kepada pelajar kelahiran Perak, daripada keluarga berpendapatan tidak melebihi RM7,500 sebulan, untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara.

"Pada 2024 lebih 6,324 mahasiswa anak Perak menikmati insentif ini," titah baginda.

Sultan Nazrin juga menzahirkan ucapan tahniah kepada kontinjen Perak yang berjaya memungut 35 pingat emas, 38 perak dan 56 gangsa, pada Sukan Malaysia 2024, meletakkan Perak menduduki tempat ketujuh, pencapaian lebih baik daripada edisi sebelumnya. – BERNAMA

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input