Lombong haram di Lipis diserbu, empat individu berjaya lolos

Screenshot 2025 04 28 091223

LIPIS  – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) membongkarkan kegiatan melombong emas secara haram di Kampung Telemin, di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 2 petang itu, seorang lelaki warga Indonesia ditahan, manakala empat lagi rakannya dapat meloloskan diri dengan lari ke kawasan hutan berhampiran.

Ketua UPNP, Saifullah Muhammad Ali berkata, serbuan dilakukan oleh Skuad Elit UPNP selepas pihaknya menerima maklumat berhubung kegiatan tidak sah tersebut

“Ketika serbuan, kelima-lima suspek sedang melakukan aktiviti melombong dengan menggunakan peralatan berat seperti jengkaut, palong dan pam air. Seorang daripada mereka berjaya ditangkap ketika mencuci palong yang dipercayai digunakan untuk menapis mineral emas,” katanya di sini semalam.

Menurut Saifullah, siasatan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang mendapati operasi melombong emas tersebut tidak mempunyai sebarang kebenaran atau permit yang sah.
Beliau berkata, semua peralatan melombong telah disita, manakala suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 158 Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang.
“Kita giat mengesan empat lagi suspek yang melarikan diri,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input