Perolehan Perkhidmatan Perunding Secara Tender Terbuka bagi Projek Pemetaan dan Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah Negara (Melaka)

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan sukacitanya mempelawa penyertaan daripada perunding-perunding tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan bagi menyertai tawaran tender seperti berikut:

Tajuk Tender:
Perolehan Perkhidmatan Perunding Secara Tender Terbuka bagi Projek Pemetaan dan Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah Negara (Melaka)

Kod Bidang:
330211 – Geologi

No. Tender:
JMG.NSM:(P)05/2025

Tarikh Penjualan Dokumen Tender:
7 Mei 2025 hingga 27 Mei 2025 (dokumen akan diberikan dalam bentuk salinan digital/softcopy)

Tarikh Tutup Tender:
27 Mei 2025 (Selasa), sebelum jam 12.00 tengah hari

Taklimat Tender:
Tarikh: 6 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jurassic, JMG Negeri Sembilan/Melaka

Kehadiran adalah diwajibkan dan setiap syarikat hanya dibenarkan menghantar maksimum dua (2) wakil sahaja.

Perhatian:

  • Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan) hendaklah dibawa bagi pengesahan kelayakan sebelum dibenarkan mendapatkan dokumen tender.

  • Dokumen tender lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender JMG.NSM:(P)05/2025 di alamat berikut:
    Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan/Melaka, Lot 10296, Jalan Tunku Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  • Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan dan penghantaran melalui perkhidmatan pos atau kurier tidak dibenarkan.

  • JMG tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ePerunding: http://myprocurement.treasury.gov.my

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input