Screenshot 2025 04 23 092400

IPOH – Kerajaan Negeri Perak memaklumkan bahawa tiada sebarang aktiviti perlombongan bijih timah dasar laut sedang dijalankan di pesisir pantai atau di muara Sungai Batu, Daerah Manjung dekat sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara itu disahkan hasil semakan dan maklum balas daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta agensi-agensi berkaitan.

“JMG mengesahkan bahawa tiada Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) telah dikeluarkan untuk aktiviti perlombongan di kawasan tersebut.

“Sebarang aktiviti perlombongan hanya boleh dijalankan setelah mendapat kelulusan SKSPM daripada JMG.

“Walaupun terdapat permohonan yang telah diterima, ia masih dalam peringkat penilaian di peringkat Jawatankuasa SKSPM JMG Ibu Pejabat, dan tiada sebarang kelulusan untuk beroperasi telah dikeluarkan,“ katanya pada sesi Penggulungan Perbahasan Titah Diraja pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Daruk Ridzuan, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan berlaku aktiviti perlombongan di pesisiran pantai sehingga menjejaskan nelayan khususnya di Muara Sungai Batu.

Dalam perkembangan berkaitan, Saarani memaklumkan, ketika ini hanya aktiviti perlombongan pasir silika sahaja yang dijalankan oleh pemaju.

“Berdasarkan kepada kelulusan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (DEIA) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bertarikh 13 Jun 2023 yang telah diberikan kepada pihak syarikat.

“Lokasi aktiviti tersebut terletak sejauh lima kilometer daripada kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang,“ jelasnya.

Sebelum ini, media melaporkan lebih 1,500 nelayan yang bergantung hidup pada sumber pencarian di pesisir pantai mendesak supaya pihak berkaitan membatalkan kelulusan yang diberikan untuk satu projek perlombongan bijih timah dasar laut yang dijadual dilaksanakan di kawasan pesisiran pantai daerah ini.

Kebenaran untuk aktiviti perlombongan itu didakwa diberikan dari muara Sungai Batu hingga Tanjung Batu, meliputi kawasan yang menjadi sumber pendapatan utama bagi nelayan di sekitar kawasan tersebut. – MG Perak

Screenshot 2025 04 23 092054

IPOH – Kerajaan negeri mengambil tindakan tegas dalam menangani isu pencerobohan hutan simpan dan tanah kerajaan menerusi pelbagai langkah penguatkuasaan serta pemantauan bersepadu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sejak tahun 2014, sebanyak 538 kes pencerobohan hutan telah direkodkan sehingga tahun 2024.

 
 

Menurutnya, sejumlah RM6.4 juta dalam bentuk kompaun dan denda telah dikutip daripada kes-kes berkaitan kesalahan tersebut.

“Kerajaan negeri mengambil pendekatan tegas dalam menangani aktiviti pencerobohan di kawasan hutan simpan.

“Agensi-agensi penguat kuasa turut bekerjasama membanteras aktiviti eksploitasi sumber asli secara haram, khususnya di Hutan Simpan Kekal Perak,” katanya ketika sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini pada Selasa.

Saarani berkata, antara agensi terlibat termasuklah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak (PTG), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi-agensi penguat kuasa lain.

Menurutnya lagi, dalam konteks pemantauan, PTG, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) serta Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah meningkatkan penguatkuasaan di lapangan.

Katanya, aktiviti rondaan dan semakan transit, pemantauan udara menggunakan helikopter, teknologi penderiaan jauh serta pesawat udara tanpa pemandu (UAV) dilaksanakan secara berkala di kawasan panas berlakunya pencerobohan tanah kerajaan.

“Pihak Berkuasa Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM540,000 kepada PTG dan PDT di seluruh negeri bagi melancarkan pelaksanaan tindakan penguatkuasaan.

“Dengan pelbagai inisiatif yang dijalankan, penguatkuasaan akan terus diperkasa dan ia sedikit sebanyak telah mengurangkan aktiviti pencerobohan hutan simpan serta tanah kerajaan di Perak,” katanya.

Screenshot 2025 04 23 091714

Ipoh: Tiada sebarang aktiviti perlombongan bijih timah dasar laut yang sedang dijalankan di kawasan pesisir pantai atau muara Sungai Batu, Manjung, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengesahkan tiada Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) dikeluarkan untuk aktiviti perlombongan di kawasan berkenaan.

"Sebarang aktiviti perlombongan hanya boleh dijalankan setelah mendapat kelulusan SKSPM daripada JMG. Walaupun terdapat permohonan, ia masih dalam penilaian di peringkat Jawatankuasa SKSPM Ibu Pejabat JMG.

"Pada ketika ini, hanya aktiviti perlombongan pasir silika sahaja yang dijalankan pemaju berdasarkan kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) dan Laporan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bertarikh 13 Jun 2023 yang telah diberikan kepada pihak syarikat. Lokasi aktiviti berkenaan terletak sejauh lima kilometer daripada kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang," katanya.

Sementara itu, Saarani berkata Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri memaklumkan bahawa berdasarkan pengubahan Rancangan Tempatan Daerah (RTD) Manjung 2030, kawasan pesisir pantai itu telah dikenal pasti sebagai kategori Kawasan Sensitif Alam Sekitar Persisiran Pantai (KSAS) Tahap 3 terhadap ekosistem sumber marin dan tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti perlombongan.

"Keputusan juga telah dibuat di peringkat Jawatankuasa Teknikal Geospatial Pembangunan Mineral Bil. 1/2024 pada 7 Okt 2024 untuk tidak mempertimbangkan sebarang permohonan perlombongan atau pembaharuan lesen di kawasan berkenaan, selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kepentingan alam sekitar dan komuniti nelayan," katanya.

Pada 14 Februari lalu, Persatuan Nelayan Manjung Utara menyuarakan kebimbangan sekiranya aktiviti perlombongan bijih timah dasar laut di persisiran pantai Hutan Simpan Segari, Lumut dibenarkan kerana dibimbangi menjejaskan pendapatan nelayan.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Manjung Utara Mohamad Faizal Mat Zin berkata perlombongan itu jika dibenarkan bakal menjejaskan ekosistem di perairan yang menjadi sumber rezeki lebih 1,500 nelayan di utara dan selatan Manjung.

Screenshot 2025 04 23 091301

No seabed tin mining activity is taking place along the coastal area or the estuary of Sungai Batu in the Manjung district, according to Menteri Besar Saarani Mohamad.

He said the Minerals and Geoscience Department has confirmed that no Mining Operation Scheme Approval Letter has been issued for mining activities in the area.

 

Screenshot 2025 04 18 084059

IPOH (April 17): The Perak government has applied for RM20 million from the federal government to explore new mineral resources, including non-radioactive rare earth element (NR-REE) in the state.

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad said the allocation would enable the Minerals and Geosciences Department to conduct research towards finding a new source of revenue for the state.

He said this in response to a supplementary question from Tiw Tee Siang (Pakatan Harapan-Tronoh) on whether the state government would conduct a study to explore new minerals and map the areas during a question-and-answer session at the State Legislative Assembly sitting here on Thursday.

Earlier, to Tiw's original question, Saarani said six plots of privately owned land had been approved for NR-REE mining based on the environmental impact assessment report.

Saarani said the plots of land are in Mukim Kenering, the Hulu Perak district, with only one plot currently operating as a pilot project for NR-REE mining.

"Based on the initial study carried out by Minerals and Geosciences Department in Perak, there are four districts with potential to have NR-REE mineral resources, namely Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang and Kinta, with a total reserve of approximately 1.7 million metric tons.

"However, 70% to 80% of the areas with the potential to have NR-REE reserves are located within forest reserve areas," he said.

Uploaded by Tham Yek Lee

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input