Page 129 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 129

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030





             8.3    PERSETUJUAN KERAJAAN NEGERI/ INSTITUSI ISTANA




                    Perkara berkaitan tanah di Malaysia adalah di bawah kuasa Kerajaan Negeri yang
             berkenaan. Sehubungan dengan itu, persetujuan Kerajaan Negeri serta perkenan pihak

             Istana di negeri berkenaan perlu diperolehi sebelum memulakan gerak kerja cadangan
             penubuhan geopark. Tanpa persetujuan Kerajaan Negeri dan perkenan pihak Istana,

             sesebuah  geopark  tidak  dapat  diiktiraf  sebagai  Geopark  Kebangsaan  apa  lagi  di

             peringkat global.

                    Usaha  penubuhan  geopark  akan  berjaya  dengan  sokongan  Pihak  Berkuasa

             Negeri  dan  Pihak  Istana,  sepertimana  Geopark  Lembah  Kinta  di  Perak  dan  Jerai
             Geopark  di  Kedah  yang  telah  mendapat  perkenan  dan  dimasyhurkan  oleh  D.Y.M.M

             Sultan kedua- dua negeri berkenaan.




             8.4    PENUBUHAN JAWATANKUASA PROMOSI



                    Penubuhan  sesebuah  Geopark  memerlukan  penglibatan  semua  pihak

             berkepentingan  daripada  Pihak  Berkuasa  Tempatan,  Pihak  Berkuasa  Negeri,  dan

             agensi-agensi lain yang berkaitan. Organisasi Pembangunan perlu ditubuhkan mengikut
             kesesuaian di peringkat kerajaan negeri. Contoh organisasi pembangunan geopark yang

             telah dijalankan di Malaysia adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 15.



























         114
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134