Page 128 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 128
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
ix. Pakar Penulisan Dossier
Dossier ialah satu set dokumen atau laporan mengenai hal atau
latar belakang sesuatu perkara yang dikemukakan kepada pihak tertentu.
Dossier untuk geopark ialah dokumen lengkap yang menerangkan secara
terperinci mengenai kepelbagaian sumber warisan termasuk warisan
arkeologi, kepelbagaian biologi, sejarah dan budaya yang ada dalam
cadangan penubuhan suatu geopark. Kepakaran dalam penulisan dossier
geopark diperlukan bagi menghasilkan sebuah dossier yang berkualiti dan
dapat meyakinkan serta menarik minat pihak berkuasa dalam
memperakukan sesebuah geopark sama ada di peringkat kebangsaan
mahupun di peringkat global.
x. Pakar Penilaian Geopark
Peringkat yang penting ke arah perakuan sesebuah geopark ialah
proses penilaian oleh panel Penilai yang dilantik badan yang mempunyai
kuasa memperakukan sesebuah geopark. Panel Penilai terdiri daripada
seorang Penilai dari bidang geologi dan seorang Penilai dari bidang lain
sama ada dari bidang biologi, arkeologi, sejarah dan budaya. Panel Penilai
perlu mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang masing-masing
supaya mereka dapat menjalankan penilaian dengan baik dan memenuhi
piawai yang ditetapkan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di
peringkat global.
8.2 SURAT HASRAT
Cadangan penubuhan geopark boleh dikemukakan oleh pelbagai pihak
berkepentingan termasuk oleh NGO, agensi kerajaan mahupun oleh pihak swasta. Pihak
berkenaan perlu mengemukakan surat Hasrat yang telah di persetujui dan melalui
Kerajaan Negeri kepada Jawatankuasa Pelaksana Geopark untuk tindakan seterusnya.
113