Page 123 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 123
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
8.0 GERAK KERJA KE ARAH PENUBUHAN GEOPARK
Kawasan geopark kaya dengan pelbagai sumber semula jadi yang bernilai
warisan tinggi berpotensi menjadikannya tapak kajian kepada para penyelidik pelbagai
bidang dari dalam dan luar negara. Khazanah alam yang tidak terganggu bagaikan
‘makmal hidup’ bagi para pengkajinya.
Oleh itu, kepakaran dalam pelbagai bidang diperlukan bagi mengenal pasti nilai-
nilai saintifik, estetik, rekreasi dan budaya serta mengetengahkan kepentingan
kepelbagaian yang ada di kawasan geopark, seterusnya memartabatkan sumber
warisan alam semula jadi ini melalui pembangunan dan pengurusan secara bersepadu,
pembangunan geopelancongan serta pemeliharaan dan pemuliharaan tapak warisan
dan geotapak.
Penubuhan geopark memerlukan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan
termasuk agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pengajian tinggi dan
komuniti setempat. Gerak kerja penubuhan Geopark Kebangsaan ditunjukkan di
Lampiran 1.
8.1 PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
8.1.1 Pangkalan Data
Maklumat kepelbagaian sumber semula jadi di geopark dan geotapak perlu
disimpan secara sistematik supaya mudah untuk dirujuk serta di kongsi oleh
semua pihak berkepentingan. Untuk itu, semua maklumat berkenaan perlu di
kunci masuk dalam system pangkalan data GIS geopark. Pangkalan data juga
perlu di wujud dan di laksanakan oleh Badan Pengurusan Geopark.
108