Page 119 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 119

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030


                d)  Menjalankan program pengembangan, promosi dan pendidikan; dan

                e)  Menjamin  kewangan  yang  kukuh  untuk  menampung  perbelanjaan  operasi,
                    penyelenggaran dan program geopark.

                f)  Melaksana dan menguatkuasakan perundangan geopark berdasarkan akta sedia

                    ada.



             7.5    PERANAN RAKAN STRATEGIK



                    Rakan  strategik  merupakan  organisasi  bebas  yang  boleh  secara  bersama

             mengurus dan menjalankan program di geopark. Mereka boleh terdiri daripada syarikat
             swasta,  agen  pelancongan,  badan  bukan  kerajaan  serta  pertubuhan  sebagai  contoh

             koperasi. Penglibatan rakan strategik sama ada sebagai operator geotapak, penajaan
             program geopark atau eksploitasi ekonomi berdasarkan geopark.




             7.6    PERANAN KOMUNITI




                    Kesedaran mengenai kepentingan hubungan dan penglibatan komuniti setempat
             dalam  setiap  peringkat  pusingan  hayat  proses  pembangunan  telah  timbul  seawal

             pertengahan  abad  ke-20  apabila  pakar  perancangan  dan  pengkaji  pembangunan
             menyedari  usaha-usaha  pembangunan  tidak  mencapai  objektif  dan  sasaran  yang

             diinginkan  tanpa  penglibatan  komuniti  tempatan.  Komuniti  tempatan  dilihat  sebagai

             penjaga  atau  ‘custodian’  kepada  warisan  geologi.  Penglibatan  mereka  dalam  proses
             pembangunan  akan  membantu  pihak  perancangan  dan  pelaksana  berdasarkan

             pengetahuan tradisi yang diwarisi untuk memastikan kelangsungan pembangunan yang
             berlangsung bersifat holistik.


                    Semua  pihak  berkepentingan  perlu  dilibatkan  dalam  kitaran  proses

             pembangunan,  bermula  dari  proses  kajian  teknikal,  perancangan,  pembuatan-
             keputusan,  pelaksanaan,  pemantauan,  penilaian,  penjagaan  serta  penyelenggaraan.

             Penglibatan komuniti tempatan dapat meningkatkan keupayaan fizikal dan  intelektual
             bagi  bersama-sama  bertanggungjawab,  memastikan  keberkesanan  dan  kesampaian

             sesuatu  usaha  pembangunan  yang  dirancang  oleh  pihak  berkuasa  kepada  semua
             lapisan masyarakat.


         104
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124