Page 120 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 120

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



                    Dalam konteks penggunaan sumber, penglibatan komuniti tempatan dan pihak

             berkuasa secara bersama dari segi penggunaan lestari, pemuliharaan dan pemantauan
             akan  dapat  menghasilkan  rasa  sepunya  yang  tinggi  bagi  menjayakan  usaha

             pembangunan untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang.

                    Mengambil contoh penglibatan komuniti di Geopark Langkawi di mana penerapan

             perasaan sepunya terhadap Langkawi geopark atau “Semangat ‘Kawi” telah mendasari

             pembentukan  budaya  Langkawi  dalam  sanubari  komuniti  tempatan  dan  pihak
             berkepentingan yang lain. Jalinan kerjasama antara komuniti tempatan dengan pihak

             seperti kerajaan dan swasta ditonjolkan melalui penyertaan komuniti tempatan secara
             aktif dalam setiap kitaran proses pembangunan, pemuliharaan dan penggunaan sumber

             semula jadi secara lestari.


                    Penglibatan komuniti tempatan dalam pemuliharaan warisan dan pembangunan
             lestari  di  geopark  perlu  dirangka  secara  sistematik  supaya  keterlibatan  semua  pihak

             dapat  dimanfaatkan  sepenuhnya.  Pelan  tindakan  penglibatan  komuniti  tempatan
             mengenal pasti strategi dan tindakan yang perlu dilaksana supaya komuniti tempatan

             tidak ketinggalan dalam arus pembangunan di tempat mereka sendiri atau terlibat dalam
             aktiviti yang boleh merosakkan sumber geopark.






































                                                                                                              105
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125