Page 126 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 126
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
iv. Pakar Biologi
Keperluan kepada khidmat kepakaran alam sekitar dan biodiversiti
untuk mengintegrasikan pembangunan dan pengurusan zon warisan bagi
pengekalan habitat flora dan fauna serta ekosistem secara
keseluruhannya. Had pembangunan, zon penampan dan kadar ‘limit of
acceptable change’ antara aspek yang perlu untuk memastikan
keseimbangan keperluan pembangunan dan pemeliharaan keunikan dan
nilai keaslian sumber warisan semula jadi.
v. Pakar Sejarah dan Budaya
Nilai warisan geologi dapat dipertingkatkan dengan menghubung
kaitkannya dengan aspek warisan sejarah dan budaya supaya lebih mudah
difahami dan dihayati oleh orang awam terutama komuniti setempat. Pakar
sejarah dan budaya diperlukan untuk mengolah data berkenaan supaya
disepadukan dengan kepelbagaian sumber warisan.
vi. Pakar Governans
Khidmat pakar governans diperlukan untuk merangka dan
mencadangkan pembentukan sistem governans dalam tadbir urus geopark
yang meliputi pemuliharaan (warisan geologi, biologi dan budaya),
pembangunan dan penyediaan prasarana pelancongan (kemudahan
pelancongan, pendidikan dan kesedaran awam) dan pembangunan sosio-
ekonomi (aktiviti ekonomi, penyertaan komuniti setempat dan peluang-
peluang baru).
Pembentukan sistem pengurusan dan governans perlu mengambil
kira perundangan semasa, jabatan/agensi-agensi sedia ada, pihak-pihak
berkepentingan dan komuniti setempat yang akan terlibat dalam
pembangunan sesebuah geopark.
111