Page 131 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 131

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



             keunikan makanan tradisional komuniti setempat serta maklumat tapak warisan dunia

             yang disediakan oleh Jawatankuasa Promosi di atas.

                    Maklumat  kepelbagaian geologi dikumpulkan  melalui  aktiviti pemetaan  geologi

             terperinci  bagi  mengenal  pasti  nilai  atau  kepentingan  warisan  geologi,  iaitu  Nilai
             Kebangsaan Luar Biasa (Outstanding National Value - ONV) atau Nilai Sejagat Luar

             Biasa (Outstanding Universal Value - OUV) di semua geotapak di kawasan geopark.

             Pendekatan ini digunakan bagi memastikan semua pembangunan Geopark Kebangsaan
             mempunyai potensi untuk disyor menjadi UGGp pada masa akan datang.


                    Selain  maklumat  geologi,  maklumat  terperinci  mengenai  kepelbagaian  biologi
             (fauna dan flora), warisan sejarah dan budaya perlu dimasukkan dalam dossier untuk

             pembangunan geopark.


                    Dossier untuk penubuhan geopark perlu mengandungi maklumat berikut:

                       A.  Pengenalan Kawasan

                                 i.   Nama cadangan geopark kebangsaan
                                ii.   Lokasi  yang  dicadangkan  (mohon  lampirkan  peta  dan

                                      kedudukan geografi koordinat longitud dan latitud).
                                iii.   Keluasan permukaan, ciri-ciri geografi fizikal dan manusia

                                iv.   Struktur    organisasi    yang     bertanggungjawab       terhadap

                                      pengurusan (penjelasan, fungsi, dan carta organisasi)
                                v.    Nama individu pemohon yang boleh dihubungi (nam, jawatan,

                                      nombor telefon dan faks, email)


                       B.  Warisan Geologi

                                 i.   Penjelasan umum geologi geopark yang dicadangkan
                                ii.   Senarai dan penjelasan geotapak di dalam kawasan cadangan

                                      geopark
                                iii.   Pencirian  geotapak  daripada  aspek  nilai  di  peringkat

                                      antarabangsa,  serantau,  negara  atau  tempatan  (sama  ada

                                      saintifik, pendidikan, estetik, dsb)
                                iv.   Senarai dan penjelasan tapak warisan tabii (alam), budaya dan

                                      warisan tak ketara yang menarik dan bagaimana tapak ini berkait
                                      secara  langsung  dengan  geotapak  dan  bagaimana  tapak  ini

                                      terintegrasi dalam cadangan geopark.
         116
   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136