Page 133 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 133
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
disertakan bersama dossier semasa mengemukakan
permohonan kepada Jawatankuasa Pelaksana Geopark.
G. Lampiran
Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan sebagai lampiran, iaitu:
i. Lampiran 1: Pengesahan oleh penguasa tempatan dengan
surat sokongan untuk mewujudkan geopark
ii. Lampiran 2: Peta skala besar yang menjelaskan sempadan
cadangan geopark dengan tandaan semua geotapak, muzium,
kampong, pekan, bandar, kemudahan penginapan, prasarana,
rekreasi dan pengangkutan awam. Peta skala 1: 50,000 adalah
diutamakan tetapi peta yang bersesuaian juga diterima.
8.6 PENILAIAN
Penilaian geopark dijalankan oleh panel Penilai yang dilantik oleh Jawatankuasa
Pelaksana Geopark. Dalam misi penilaian sesebuah geopark, dua orang Penilai dilantik
di mana terdiri daripada seorang ahli geologi dan seorang dari bidang lain sama ada dari
bidang biologi, sejarah, sosial, budaya, perancang bandar dan desa, perhutanan,
perlindungan hidupan liar dan taman negara serta bidang pengurusan yang mempunyai
pengetahuan luas dalam bidang masing-masing. Selain itu, seorang atau dua orang
akan dilantik sebagai pemerhati untuk menyertai misi penilaian.
Keputusan penilaian akan melibatkan pemberian kad hijau (lulus), kad kuning
(dengan amaran) dan kad merah (pengiktirafan ditarik).
118