Page 138 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 138
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
berterusan bertujuan mengangkat geopark kebangsaan berikut untuk menjadi
UGGp.
Berikut merupakan geopark yang berpotensi diangkat sebagai UGGp di
Malaysia :
9.2.1 Aspiring Kinabalu UGGp (aKUGGp): Tahun 2023
Aspiring Kinabalu UGGp (aKUGGp) telah dicalonkan sebagai UGGp oleh
Jawatankuasa Geopark Kebangsaan dengan persetujuan Mesyuarat Jemaah
Kabinet Sabah pada 25 November 2020. Setelah cadangan pencalonan tersebut,
pembangunan Aspiring UGGp telah bermula dan perkembangan terkini adalah
seperti berikut:
i. Surat pencalonan/permohonan telah dikemukakan kepada UNESCO
melalui Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) pada 30
November 2020;
ii. Bengkel Pemantapan Persediaan Penilaian Aspiring Kinabalu UGGp telah
dijalankan pada 15-19 Mac 2021;
iii. The Aspiring Kinabalu UGGp International Seminar telah diadakan pada
25 Mac 2021 di SICC, Kota Kinabalu;
iv. Program Jelajah Aspiring Kinabalu UGGp (Jelajah Bersama Pihak
Berkepentingan dan Komuniti) di daerah Kota Belud pada 08 April 2021;
v. Program Jelajah Aspiring Kinabalu UGGp (Jelajah Bersama Pihak
Berkepentingan dan Komuniti) di daerah Kota Marudu pada 04 Mei 2021;
vi. Misi penilaian Aspiring Kinabalu UGGp telah dijalankan oleh panel Penilai
dari UNESCO pada tahuni 2022
vii. Kinabalu UGGp dijangka mendapat pengiktirafan pada tahun 2023.
9.2.2 Aspiring Lenggong UGGp: Tahun 2025
Aspiring Lenggong UGGp disasarkan untuk diperakukan sebagai UGGp pada
tahun 2025. Untuk itu gerak kerja ke arah perakuan tersebut perlu dimulakan
sebaik diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan pada Disember 2021.
123