Page 141 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 141
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
9.4.1 Pelan Pengurusan Pemuliharaan dan Pemeliharaan
Pemuliharaan dan pemeliharaan sumber warisan tabii dan budaya merupakan
salah satu matlamat utama dalam penubuhan sesebuah geopark. Sehubungan
dengan itu, suatu pelan pengurusan pemuliharaan dan pemeliharaan perlu
disediakan bertujuan untuk menyelaras dan menterjemah dasar dan strategi guna
tanah yang berkait rapat dengan unsur-unsur pemuliharaan sumber semula jadi
termasuk sumber warisan geologi, biologi, sejarah dan budaya di kawasan
geopark.
Fungsi Pelan Pengurusan Pemuliharaan dan Pemeliharaan adalah seperti
berikut:
i. Menterjemah dasar dan strategi yang digariskan dalam Rancangan Fizikal
Negara (RFN), Rancangan Struktur (RS) dan Rancangan Tempatan (RT)
supaya pembangunan fizikal dapat dirancang dengan lebih sistematik dan
bersepadu dalam konteks perancangan wilayah geopark.
ii. Menyelaras isu-isu spesifik berkaitan pemuliharaan dan pemeliharaan
sumber warisan semula jadi seperti isu berkaitan cadangan pewartaan
geotapak di kawasan geopark.
iii. Menjadi rujukan dan panduan bagi perancangan dan pelaksanaan
pembangunan oleh agensi-agensi kerajaan atau swasta melalui
mekanisme perancangan dan pengurusan pembangunan.
126