Page 140 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 140

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030





                    Kriteria  UNESCO;  menetapkan  hala  tuju  strategik  Geopark;  memastikan

             kestabilan kewangan dan menguruskan risiko.


                     Terdapat  perbezaan  yang  jelas  antara  fungsi  tadbir  urus  dan  operasi  badan
             pengurusan  Geopark.  Tanggungjawab  tadbir  urus  melibatkan  penetapan  hala  tuju,

             dasar,  tatacara,  dan  membuat  keputusan  mengenai  pembangunan  dan  pengurusan
             geopark. Manakala, bahagian operasi/ pengurus berperanan melaksanakan keputusan

             tadbir urus, pentadbiran dan lain-lain urusan operasi.

                    Terdapat  beberapa  kaedah  struktur  tadbir  urus  yang  telah  diguna  pakai  di

             beberapa geotapak kebangsaan ;


                      i.   ditadbir  dan  diuruskan  melalui  struktur  Perbadanan  Taman  Negeri
                           (Geopark Lembah Kinta, Kinabalu Geopark);

                      ii.   ditadbir  dan  diuruskan melalui  struktur  Pihak  Berkuasa  Tempatan,  PBT
                           (Jerai Geopark, Lenggong Geopark, Stong Geopark);

                     iii.   ditadbir dan diuruskan melalui struktur Lembaga Pembangunan Wilayah

                           (Langkawi Geopark, Labuan Geopark).


             *Contoh-contoh Jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi setiap negeri adalah seperti
             di Lampiran 3.




                    Semua  struktur  tadbir  urus  perlu  mempunyai  dokumen  strategik  Pelan  Induk
             Geopark yang merangkumi perancangan pembangunan geopark dengan disokong oleh

             Pelan Pengurusan Pemuliharaan, Pelan Penyelidikan, Pelan Pembangunan Komuniti,
             dan Pelan Perniagaan Geopelancongan.




             9.4    PELAN PENGURUSAN PEMBANGUNAN GEOPARK




                    Kesemua  geopark  kebangsaan  perlu  mempunyai  pelan  pembangunan  dan
             pengurusan  geopark  yang  merangkumi  perancangan  pembangunan,  pengurusan

             pemuliharaan, penyelidikan, pembangunan komuniti, dan perniagaan geopelancongan.



                                                                                                              125
   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144   145