Page 143 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 143
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
dokumen sokongan yang penting untuk perancangan masa hadapan bagi
mendapatkan dana atau pelaburan dalam perniagaan.
Pelan perniagaan geopelancongan yang berkesan perlu mempunyai
sekurang-kurang lima (5) unsur utama seperti berikut:
a) Perihalan perniagaan
Elemen pertama ini berkaitan penerangan jelas mengenai sesuatu
perniagaan yang ingin dilaksanakan. Usaha perlu dilakukan dalam
mengenal pasti perniagaan geopelancongan yang berpotensi tinggi seperti
produk-produk komersial baru dan lama untuk menghasilkan pendapatan
yang lestari kepada pengusaha. Perniagaan geopelancongan menjurus
kepada perniagaan yang berkaitan persekitaran, warisan, estetika, budaya
dan kesejahteraan penduduk dalam sesebuah kawasan geopark. Selain
itu, matlamat dan sasaran perniagaan perlu dinyatakan dengan jelas
supaya hala tuju perniagaan adalah selari dengan visi, misi dan konsep
geopark.
b) Analisis pasaran
Elemen ini berkaitan analisis komprehensif berkenaan potensi perniagaan
yang ingin diusahakan berbanding dengan pasaran sedia ada dan jenis
perniagaan yang lain. Ini termasuk analisis permintaan dan penawaran
yang melibatkan pelbagai pemain pasaran. Peluang dan cabaran juga
perlu dikenal pasti bagi membolehkan kelangsungan perniagaan
geopelancongan. Analisis SWOT yang merujuk kepada analisis kekuatan
(Strength), kelemahan (Weaknesses), peluang (Opportunity) dan ancaman
(Threat) boleh digunakan sebagai penilaian kebolehjayaan sesuatu
perniagaan.
128