Page 144 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 144
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
c) Pelan pemasaran
Dalam membangunkan pelan pemasaran, pengurusan geopark perlu
memahami dan menganalisis kumpulan pelanggan serta saluran
pemasaran yang tepat dan berpotensi untuk menghasilkan output yang
terbaik. Selain kaedah tradisional, pengurusan geopark perlu juga
mengambil peluang kecanggihan teknologi terkini dengan membuat
pemasaran melalui pelbagai platform media sosial. Promosi produk dan
pakej pengiklanan perlu dirancang supaya output yang disasarkan
tercapai.
d) Keperluan modal insan
Pengurusan modal insan adalah elemen terpenting dalam menggerakkan
sesuatu perniagaan geopelancongan. Pengurusan geopark perlu
mengetahui sumber modal insan yang akan diperoleh dan bagaimana
modal insan mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menjayakan
sesuatu aktiviti perniagaan. Sumber modal insan seharusnya datang dari
komuniti setempat dengan kemahiran unik yang boleh dipindahkan kepada
modal insan baharu.
e) Maklumat kewangan utama.
Sesebuah perniagaan perlu menyediakan data kewangan utama
yang terdiri daripada penyata kewangan dan penyata keuntungan dan
kerugian. Selain itu maklumat berkaitan sumber pendapatan dan juga kos
yang terlibat seperti upah, sewa dan kos bahan mentah juga perlu
disediakan. Pengurusan perlu mengetahui kedudukan kewangan mereka
dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang dan bagaimana
mereka berpotensi mencapai sasaran yang ditetapkan. Maklumat unjuran
keuntungan yang realistik untuk tempoh jangka masa sederhana dalam
tempoh 3-5 tahun berupaya membantu pemberi dana dan pelabur untuk
membuat penilaian pelaburan dalam perniagaan geopelancongan
strategik.
129