Page 137 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 137

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030


             9.0  HALA TUJU GEOPARK NEGARA


             9.1    VISI DAN MISI




                    9.1.1  Visi


                    Mendokong agenda UGGp untuk meneroka, membangun dan meraikan hubung
                    kait  antara  warisan  tabii  (geologi,  biologi  dan  budaya)  dan  menghubungkan

                    masyarakat  dengan  sejarah  planet  bumi  sejak  4,600  juta  tahun  lepas  yang
                    menjadi asas kehidupan.



                    9.1.2  Misi



                    Mengurus tadbir kawasan/wilayah yang mengandungi tapak dan landskap geologi
                    berkepentingan antarabangsa (UGGp) atau kebangsaan (Geopark Kebangsaan)

                    secara  holistik  berasaskan  konsep  pemeliharaan,  pendidikan  &  pembangunan

                    mampan (UNESCO, 2016)



             9.2    WAWASAN UGGP


                          Geopark UNESCO merupakan wilayah di dunia yang mengamalkan konsep

                   pembangunan  bagi  mencapai  semua  matlamat  pembangunan  mampan  yang
                   diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015

                   sebagai seruan sejagat untuk bertindak bagi menamatkan kemiskinan, melindungi
                   planet ini dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran

                   pada  2030. Jelas sekali misi ini memerlukan pemuliharaan warisan geologi dan

                   warisan lain yang terdapat di dalam wilayah Geopark.

                          Bagi  memenuhi  hasrat  tersebut  aktiviti  pendidikan  dan  sudah  tentu

                   penyelidikan  amat  diperlukan.    Aktiviti  utamanya  ialah,  promosi  warisan,  untuk
                   membangunkan         dasar     pembangunan        mampan       bersepadu.     Strategi

                   pembangunan mampan ini tidak boleh wujud tanpa tindakan ke atas pengurangan
                   kemiskinan,  kesaksamaan  jantina,  penglibatan  penduduk.  Untuk  mencapai

                   wawasan  ini  bilangan  UGGp  di  Malaysia  perlu  dikembangkan  melalui  aktiviti

         122
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142