Page 132 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 132
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
C. Warisan Biologi dan Budaya
i. Senarai dan penjelasan biotapak dan tapak budaya di dalam
kawasan cadangan geopark
ii. Pencirian biotapak dan tapak budaya daripada aspek nilai di
peringkat antarabangsa, serantau, negara atau tempatan (sama
ada saintifik, pendidikan, estetik, dsb)
D. Pemuliharaan Warisan Geologi
i. Tekanan semasa atau yang mungkin berlaku terhadap
cadangan geopark
ii. Status semasa dalam bentuk pemeliharaan dan pemulihan
geotapak di dalam cadangan geopark
iii. Data pengurusan dan pemantauan semua tapak warisan
(geotapak, biotapak, dan tapak budaya)
E. Aktiviti Ekonomi dan Perancangan Perniagaan
i. Aktiviti ekonomi yang dicadangkan dalam cadangan geopark
ii. Kewujudan perancangan kemudahan untuk cadangan geopark
(contohnya: geopendidikan, geopelancongan, kemudahan
pelancongan, dsb)
iii. Analisis potensi geopelancongan untuk cadangan geopark.
iv. Sinopsis dan dasar untuk pembangunan lestari wilayah baru:
geopelancongan dan ekonomi, geopendidikan, warisan geologi.
v. Dasar khusus untuk memperkasa komuniti (penglibatan dan
khidmat nasihat) di dalam cadangan geopark
vi. Dasar khusus untuk kesedaran pihak awam dan pihak
berkepentingan di dalam cadangan geopark
F. Minat dan sokongan untuk menjadi Geopark Kebangsaan
i. Pihak yang ingin menjadikan sesuatu kawasan atau wilayah
sebagai geopark perlu menunjukkan kesungguhan, minat dan
sokongan daripada Kerajaan Negeri/Istana. Minit mesyuarat
atau surat persetujuan daripada pihak berkenaan perlu
117