Page 134 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 134

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030



             8.7    KEPUTUSAN



                    Selepas selesai misi penilaian, panel Penilai akan menyediakan laporan penilaian

             geopark dan akan mengemukakan laporan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa
             Pelaksana Geopark. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark kemudiannya akan

             membentangkan  laporan  penilaian  dalam  Mesyuarat  Jawatankuasa  Geopark

             Kebangsaan  yang  dipengerusikan  oleh  Ketua  Setiausaha  Kementerian  Sumber  Asli,
             Alam  Sekitar  dan  Perubahan  Iklim  (NRECC).  Seterusnya  mesyuarat  akan  membuat

             keputusan  sama  ada  memperakukan  atau  tidak  memperakukan  cadangan  geopark
             sebagai Geopark Kebangsaan.





             8.8    PENILAIAN SEMULA



                    Pencapaian  Petunjuk  Prestasi  Utama  (KPI)  setiap  Geopark  yang  telah
             diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan antaranya :


             i) Badan Pengurusan Geopark

             ii) Pelan Pembangunan dan Pengurusan Geopark


             iii) Pertambahan bilangan pelancong


             iv) Wujudnya pakej geopelancongan

             v) Penjanaan ekonomi setempat


             vi) Peningkatan intelektual komuniti

             vii) Program kesedaran, promosi dan keterlihatan


             viii) Penglibatan wanita dan orang asal yang terdiri daripada komuniti setempat


             Kesemua KPI di atas perlu dicapai melalui penilaian yang dilakukan setiap empat (4)
             tahun sekali daripada tarikh pengiktirafan.









                                                                                                              119
   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139