Iklan Pengambilan Personel Short-Term Employment Program (MySTEP)

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi segera jawatan kontrak di bawah Personal Short-Term Employment Program (MySTEP) bagi jawatan seperti berikut:

 

JAWATAN PEMBANTU PEGAWAI MEDIA SOSIAL DAN KANDUNGAN KREATIF
KADAR UPAH MAKSIMUM RM2,000 SEBULAN
TEMPOH KONTRAK 31 DISEMBER 2023
LOKASI PUTRAJAYA

 

SYARAT-SYARAT LANTIKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 ke atas
  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang Art and Design/ Multimedia/ Media Kreatif atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. 

KEMAHIRAN DAN RINGKASAN DESKRIPSI TUGAS

  • Mahir dalam mengendalikan media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, TikTok, YouTube dan lain-lain) seperti cross-posting, Facebook Live, virality dan juga real time postings bagi liputan program/aktiviti.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan kreatif (creative content) dan penuliasan berbentuk promosi, penjelasan/penerangan serta laporan bagi pengisian akaun rasmi media sosial dan kandungan laman web Jabatan.
  • Berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik, animasi grafik dan grafik video serta penghasilan slaid untuk pembentangan seperti Canva, PowerPoint Advanced, Issuu, Visme, Prezi dan sebagainya.
  • Berkemahiran dalam penyediaan infografik, videografik dan rekaan visual secara harian dan mingguan bagi tujuan muat naik di akaun rasmi media sosial, laman web, bahan-bahan pameran dan penerbitan.
  • Berkemahiran menulis/copywriting dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
  • Bertanggungjawab melaksanakan pemantauan trend, persepsi dan reaksi terhadap program, dasar dan isu semasa berkaitan Jabatan atau pemegang taruh melalui media sosial.
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.
  • Berkebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Pemohon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dan berminat hendaklah memohon secara dalam talian melalui Borang Permohonan MySTEP JMG.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga. Pemohon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan ini dianggap tidak berjaya dan segala keputusan dalam urusan ini muktamad.

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan mengisi borang dalam talian melalui Borang Pertanyaan Umum.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

20 Januari (Jumaat) pada pukul 1.00 petang

 

1000 Characters left


Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input