PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 9 FEBRUARI 2024

 

WhatsApp Image 2024 02 13 at 12.14.16 PM

PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 9 FEBRUARI 2024

Pada minggu berakhir 9 Februari 2024, kesemua mineral logam merekodkan prestasi harga yang negatif di antara 0.52% dan 3.67% kecuali timah. Harga jualan timah meningkat sebanyak 2.04% iaitu daripada USD25,450.00 kepada USD25,970.00 . Tembaga mempamerkan penurunan harga tertinggi sebanyak 3.67% untuk dijual pada USD8,091.00. Bijih besi juga menunjukkan sedikit peningkatan sebanyak 0.09% untuk diniagakan pada harga USD128.75 manakala mineral tenaga arang batu menunjukkan penurunan sebanyak 2.70% untuk diniagakan pada harga USD96.00.

Secara keseluruhannya, prestasi harga pasaran mineral oksida RE (REO) pada minggu berakhir 9 Februari 2024 menunjukkan penurunan yang hampir sekata iaitu di antara 0.07% dan 0.08%.

Pasaran kumpulan karbonat RE (REC) menurun sebanyak 0.08% untuk ditutup pada harga lebih rendah iaitu USD4,552.30 berbanding USD4,555.95 pada minggu sebelumnya.

1000 Characters left


Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input