Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dengan sukacitanya mempelawa penyertaan daripada perunding-perunding tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang berkaitan bagi menyertai tawaran tender seperti berikut:

Tajuk Tender:
Perolehan Perkhidmatan Perunding Secara Tender Terbuka bagi Projek Pemetaan dan Pembangunan Sumber Air Bawah Tanah Negara (Melaka)

Kod Bidang:
330211 – Geologi

No. Tender:
JMG.NSM:(P)05/2025

Tarikh Penjualan Dokumen Tender:
7 Mei 2025 hingga 27 Mei 2025 (dokumen akan diberikan dalam bentuk salinan digital/softcopy)

Tarikh Tutup Tender:
27 Mei 2025 (Selasa), sebelum jam 12.00 tengah hari

Taklimat Tender:
Tarikh: 6 Mei 2025 (Selasa)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Jurassic, JMG Negeri Sembilan/Melaka

Kehadiran adalah diwajibkan dan setiap syarikat hanya dibenarkan menghantar maksimum dua (2) wakil sahaja.

Perhatian:

  • Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan) hendaklah dibawa bagi pengesahan kelayakan sebelum dibenarkan mendapatkan dokumen tender.

  • Dokumen tender lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender JMG.NSM:(P)05/2025 di alamat berikut:
    Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Sembilan/Melaka, Lot 10296, Jalan Tunku Kurshiah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.

  • Tawaran yang diterima lewat tidak akan dipertimbangkan dan penghantaran melalui perkhidmatan pos atau kurier tidak dibenarkan.

  • JMG tidak terikat untuk menerima tawaran tender terendah atau mana-mana tawaran tender.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web ePerunding: http://myprocurement.treasury.gov.my

 

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mempelawa syarikat yang berkelayakan untuk menyertai tender bagi Perolehan Kenderaan melalui No. Tender QT250000000000675.

Butiran tender adalah seperti berikut:

  • Tarikh Iklan: 10 Februari 2025 (Isnin)
  • Tarikh Taklimat: 12 Februari 2025 (Rabu)
  • Tempoh Iklan: 21 hari
  • Tarikh Tutup Iklan: 5 Mac 2025 (Rabu)
  • Sah Laku Tawaran Tamat: 3 Jun 2025

Syarikat yang berminat dan memenuhi syarat penyertaan diminta untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat permohonan melalui ePerolehan dengan merujuk No. Tender: QT250000000000675.

 

Selaras dengan keperluan menjadikan kelulusan teknikal projek ICT sebagai prasyarat kepada permohonan kelulusan Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Mengurus untuk projek ICT, Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam perlu ditambah baik. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024 ini akan menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015.

Maklumat selanjutnya

2024 06 06 09 26 54

Bersama-sama ini dilampirkan surat rasmi hebahan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2024 - Garis Panduan Pengurusan Risiko Keselamatan Maklumat Sektor Awam dan Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2024 - Garis Panduan Penilaian Tahap Keselamatan Rangkaian dan Sistem ICT Sektor Awam sebagai rujukan.

SPA_3_dan_SPA_4_2024.zip
Popular 2.68 MB 381

Surat Pekeliling Am ini juga boleh dimuat turun di Portal Rasmi Jabatan Perdana Menteri di capaian https://jpm.gov.my/ms/pekeliling-jpm/surat-pekeliling atau Portal Rasmi Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) di capaian https://www.nacsa.gov.my/.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input