Page 145 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 145

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                                                       BAB 6

                                PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROJEK ICT

               Agensi  hendaklah  memastikan  pelaksanaan  dan  pemantauan  projek  ICT  diurus  dengan  baik
               selaras  dengan  terma  kontrak  yang  berkuat  kuasa  sehingga  semua  obligasi  kontrak  dipenuhi
               sepenuhnya.


               6.1  Bekalan ICT

                     Agensi  hendaklah  memastikan  perkakasan  dan  perisian  dibekalkan  dalam  tempoh  yang
                     telah  dipersetujui,  mematuhi    spesifikasi  yang  ditetapkan,  diuji  sepenuhnya  sebelum
                     penerimaan dibuat dan memastikan tempoh waranti bermula selepas tarikh Penerimaan
                     Akhir.


               6.2  Perkhidmatan ICT

                     6.2.1    Agensi  hendaklah  memastikan  perkhidmatan  penyewaan,  penyelenggaraan,
                              langganan dan lain-lain perkhidmatan dilaksanakan mengikut terma/syarat yang
                              telah dipersetujui dan mematuhi Service Level Agreement (SLA) yang ditetapkan.

                     6.2.2    Agensi  hendaklah  memastikan  klausa  SLA  termaktub  di  dalam  kontrak  dan
                              memantau tahap pencapaian SLA tersebut.


               6.3  Perkhidmatan Perunding ICT

                     Agensi  hendaklah  mengawal   selia  perunding  yang  dilantik  selaras  dengan  Manual
                     Perolehan  Perkhidmatan  Perunding,  Kementerian  Kewangan  yang  berkuat  kuasa  dan
                     memastikan hasil kajian adalah memenuhi keperluan Agensi dan disiapkan dalam tempoh
                     yang ditetapkan berdasarkan TOR yang dipersetujui.


               6.4  Pembangunan Sistem Aplikasi

                     6.4.1    Agensi hendaklah memastikan Jawatankuasa Pemandu Projek dan Jawatankuasa
                              Teknikal  Projek  mengadakan  mesyuarat  secara  berkala  bagi  memantau  dan
                              mengawal  kemajuan  projek,  mengurus  dan  menyelaras  pasukan  projek  dan
                              mengurus  semua  pelan  yang  telah  disediakan  seperti  pelan  komunikasi,  pelan
                              risiko,  pelan  kualiti,  pelan  pengurusan  perubahan  dan  lain-lain  supaya
                              pelaksanaan projek mengikut jadual yang telah ditetapkan selaras dengan terma
                              kontrak.

                     6.4.2    Agensi  hendaklah  melaksanakan  pengujian  bagi  menentusahkan  (verification)
                              semua perkakasan/ perisian/sistem aplikasi dan lain-lain  yang berkaitan dengan
                              projek  ICT  memenuhi  keperluan  spesifikasi  dan  fungsi  yang  ditetapkan  secara
                              menyeluruh dan  bersepadu.



                                                         112
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150