Page 143 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 143
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
atau pengujian (test). Bagi pembangunan sistem aplikasi, pemeriksaan dan
pengujian hendaklah dibuat sepanjang pelaksanaan projek.
5.5.7 Dokumen-dokumen sokongan (deliverables) yang perlu dikemukakan oleh
syarikat kepada Agensi semasa penerimaan akhir sesuatu projek ICT seperti:
(a) Reka bentuk sistem aplikasi.
(b) Reka bentuk pangkalan data.
(c) Manual operasi.
(d) Manual pengguna dan sebagainya.
5.5.8 Contoh klausa-klausa umum kontrak ICT yang boleh diguna pakai adalah seperti
di Lampiran 5A. Perlu diingati bahawa, peruntukan/klausa yang dinyatakan
dalam contoh kontrak ICT ini bukan mutlak dan boleh dipinda mengikut
kesesuaian dan keperluan Agensi masing-masing.
5.6 Tempoh Jaminan
5.6.1 Tempoh jaminan bagi sistem aplikasi adalah sekurang-kurangnya dua belas (12)
bulan dari tarikh penerimaan akhir.
5.6.2 Tempoh jaminan perkakasan dan perisian adalah sekurang-kurangnya dua belas
(12) bulan dari tarikh penerimaan akhir ataupun mengikut tempoh jaminan
yang dinyatakan oleh syarikat pengeluar/pembuat.
5.6.3 Bagi kontrak perkhidmatan penyelenggaraan dan sokongan, tempoh jaminan
adalah tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak.
110