Page 148 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 148

Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan


                                                       BAB 7

                              PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KONTRAK

               Agensi adalah diminta mengambil perhatian yang serius berkenaan pengurusan dan pentadbiran
               kontrak. Ini adalah bagi menjaga kepentingan Kerajaan dan melicinkan urusan yang berhubung
               kait dengan pelaksanaan sesuatu perolehan ICT.


               7.1  Penyediaan Jadual/Rekod Pemantauan Kontrak

                     Agensi hendaklah mewujudkan jadual/rekod pemantauan bagi setiap kontrak yang telah
                     ditandatangani  bagi  memudahkan  rujukan  dan  pentadbiran  kontrak.  Jadual/rekod  ini
                     perlu  mengandungi  maklumat  penting  seperti  tajuk  kontrak,  tempoh  kontrak,  nilai,
                     tempoh penghantaran, jadual pembayaran, maklumat bank guarantee dan lain-lain.


               7.2  Memantau Pentadbiran Kontrak

                     Agensi hendaklah memantau semua kontrak yang sedang berkuat kuasa dengan teliti dan
                     teratur dari semasa ke semasa. Pemantauan kontrak ini adalah penting bagi memastikan
                     pelaksanaan  kontrak  teratur  mengikut  jadual/rekod  pemantauan  yang  telah  disediakan.
                     Sekiranya  terdapat  sebarang  masalah  yang  dikenal  pasti,  Agensi  hendaklah  mengambil
                     tindakan segera supaya ia diselesaikan secepat mungkin.


               7.3  Pelanggaran/Percanggahan Syarat Kontrak

                     7.3.1    Agensi  hendaklah  mengambil  tindakan  serta  merta  sekiranya  berlaku  sebarang
                              pelanggaran/percanggahan  syarat-syarat  kontrak  bagi  memastikan  obligasi
                              disempurnakan seperti mana yang dipersetujui.

                     7.3.2    Sebarang pelanggaran/percanggahan kontrak, kelewatan penyerahan, perubahan
                              skop dan sebagainya hendaklah mendapat pandangan daripada pihak berkaitan
                              seperti  Jawatankuasa  Pemandu  Projek,  Jawatankuasa  Teknikal  Projek  dan
                              Penasihat Undang-Undang dan mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa
                              Melulus  bagi  sebarang  tindakan  yang  akan  diambil  selaras  dengan  peraturan
                              kewangan semasa.


               7.4  Tindakan Liquidated Ascertained Damages (LAD)/Denda

                     7.4.1    Agensi hendaklah mengambil tindakan mengenakan LAD/denda selaras dengan
                              terma kontrak sekiranya syarikat gagal mematuhi obligasi kontrak.

                     7.4.2    Di  antara  kegagalan  memenuhi  tanggungjawab  kontrak  yang  boleh  dikenakan
                              tinadakan LAD/denda adalah seperti berikut:

                        (a)  Kelewatan menyiapkan projek yang tidak mengikut jadual yang ditetapkan dalam
                              kontrak berkenaan.


                                                         115
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153