Page 146 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 146
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
6.5 Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
Agensi hendaklah melaksanakan jaminan kualiti bagi setiap projek ICT supaya
perkakasan/perisian/sistem aplikasi mematuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan.
6.6 Latihan/ Pemindahan Teknologi
6.6.1 Agensi hendaklah memastikan latihan teknikal bagi setiap perkakasan, perisian
dan sistem aplikasi yang berkaitan dengan projek dan latihan pengguna diberi
secukupnya kepada kakitangan sebenar yang terlibat dengan projek ICT.
6.6.2 Agensi hendaklah memastikan pemindahan teknologi dan pengetahuan yang
komprehensif diberikan kepada kakitangan yang terlibat dan dilaksanakan di
sepanjang tempoh kontrak supaya mereka berupaya memberi khidmat sokongan
dan menyelenggara selepas tamat kontrak.
6.7 Serahan/ Deliverables
6.7.1 Agensi hendaklah memastikan syarikat mendokumentasikan semua serahan/
deliverables yang diperlukan seperti dalam dokumen kontrak dengan lengkap dan
komprehensif serta telah diuji pakai. Contoh serahan/deliverables adalah seperti
reka bentuk sistem aplikasi, reka bentuk pangkalan data, manual operasi, manual
pengguna dan lain-lain.
6.7.2 Agensi hendaklah memastikan syarikat menyerahkan semua dokumentasi/
Source Code/IPR dan serahan-serahan lain yang berkaitan kepada Kerajaan
seperti mana terma kontrak.
6.8 Laporan Kemajuan Projek
Agensi hendaklah melaporkan status kemajuan projek kepada Jawatankuasa Pemandu ICT
Agensi dan Jawatankuasa Teknikal ICT MAMPU, JPM selaras dengan surat Pekeliling Am
MAMPU, JPM yang berkuat kuasa.
6.9 Perubahan Kuantiti/ Spesifikasi dan Pelanjutan Tempoh Kontrak
6.9.1 Sebarang perubahan kuantiti/spesifikasi dan pelanjutan tempoh kontrak semasa
kontrak masih berkuat kuasa hendaklah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus
asal tertakluk kepada had nilai dan kuasa yang ditetapkan dalam Arahan
Perbendaharaan.
6.9.2 Bagi projek pembangunan sistem aplikasi, sebarang perubahan kuantiti/
spesifikasi/minor scope dan pelanjutan tempoh kontrak semasa kontrak masih
berkuat kuasa hendaklah diperakukan oleh Jawatankuasa Pemandu Projek atau
Jawatankuasa Teknikal Projek yang mana berkenaan terlebih dahulu sebelum
dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Melulus asal untuk kelulusan.
113