Page 141 - Garis Panduan Perolehan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) Kerajaan
P. 141
Garis Panduan Perolehan ICT Kerajaan
5.5.4 Agensi adalah bertanggungjawab untuk meneliti tahap perlindungan undang-
undang yang diperlukan secara case by case dan memastikan kepentingan
Kerajaan terpelihara. Semua kontrak Kerajaan hendaklah disediakan dengan
nasihat dan pengesahan Penasihat Undang-Undang Agensi masing-masing.
5.5.5 Agensi hendaklah memastikan satu ikatan kontrak ditandatangani di antara
Kerajaan dan syarikat dengan segera, tidak melebihi tempoh dua (2) bulan bagi
perolehan bekalan/perkhidmatan dan satu (1) bulan bagi perolehan
perkhidmatan perunding dari tarikh Surat Setuju Terima ditandatangani oleh
syarikat/firma.
5.5.6 Perkara-perkara asas ICT yang perlu dimasukkan sebagai klausa di dalam kontrak
adalah seperti berikut:
(a) Definisi untuk terma-terma utama termasuklah terma-terma teknikal (contoh:
developed software, hardware, hardware maintenance, intellectual property rights,
licensed software, third party software, systems integration services dan
sebagainya).
(b) Obligasi Kerajaan dan syarikat.
(c) Nilai kontrak dan contract work breakdown structure dan pecahan harga
terperinci.
(d) Tempoh projek/project milestones.
(e) Jadual bayaran dan dokumen sokongan.
(f) Perincian komponen (contoh: peralatan, perisian, rangkaian).
(g) Isu-isu teknikal yang khusus bagi keperluan Agensi yang lazimnya berbeza dari
satu projek dengan projek yang lain seperti keperluan memenuhi technical
standard yang ada, keperluan memenuhi spesifikasi integrasi dengan sistem
aplikasi/perkakasan sedia ada dan bagaimana menangani risiko-risiko teknikal
yang tidak diterangkan dengan jelas dalam documented evidence atau semasa
demonstrasi oleh syarikat.
(h) Prosedur penyediaan, penerimaan dan pengesahan Project Plan.
(i) Prosedur penyediaan, penerimaan dan pengesahan test plan, test procedure and
acceptance criteria serta proses review dan pindaan dalam tempoh yang
ditetapkan.
(j) Kaedah kawalan dan pemantauan projek (contoh: penyediaan laporan dan
mesyuarat secara berkala).
(k) Tanggungjawab syarikat mendokumentasikan semua proses dan serahan-serahan
yang terlibat dalam pelaksanaan projek ICT.
108