Background

Visi

Peneraju Pembangunan Mineral dan Geosains Negara

Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) memainkan peranan yang penting dalam aspek pembangunan mineral, pembangunan fizikal dan perkhidmatan geosains negara selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini.

Sebagai agensi tunggal kerajaan yang menerajui bidang mineral dan geosains dalam negara dengan visi iaitu Peneraju Pembangunan Mineral dan Geosains Negara, JMG komited dalam menyediakan perkhidmatan berkepakaran tinggi kepada stakeholders dan pelanggan dalam bidang mineral dan geosains.

Bagi menjayakan visi tersebut JMG telah menetapkan misi iaitu Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains yang Efektif.

JMG berperanan untuk mempertingkatkan sumbangan sektor mineral dan geosains terhadap pembangunan sosio-ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan sumber mineral yang mampan, penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) mineral serta penggunaan maklumat geosains yang berkesan.

Ianya dilakukan melalui perolehan (acquisition), tafsiran (interpretation), pengurusan (management) dan sebaran (dissemination) data dan maklumat geosains. Pengetahuan, data dan maklumat geosains boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat, dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara serta pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.

YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, F.I.G.M.
YBhg. Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli, F.I.G.M.Ketua Pengarahzamri@jmg.gov.my

Misi

Menyumbang Kepada Peningkatan Daya Saing Ekonomi Negara dan Kualiti Hidup Melalui Penggunaan Maklumat, Perkhidmatan Berkepakaran Tinggi Serta Penyelidikan Berkaitan Mineral dan Geosains yang Efektif

Objektif

01
Menyediakan maklumat komoditi mineral bagi meningkatkan pertumbuhan industri berasaskan mineral
02
Menggalakkan penggunaan optimum maklumat dan perkhidmatan geosains bagi pembangunan negara yang mampan
03
Memastikan perusahaan sumber mineral berkembang secara teratur, selamat, cekap dan mesra alam serta mendatangkan pulangan yang maksimum kepada negara
04
Menggalak dan mempelbagai penggunaan sumber mineral tempatan bagi menyumbang kepada pembangunan sektor perindustrian negara melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
05
Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang mineral, geosains dan perlombongan di peringkat nasional dan antarabangsa bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor mineral dan perancangan pembangunan negara

Fungsi dan Peranan

Bagi mencapai Visi, Misi dan Objektif yang ditetapkan, JMG dipertanggungjawabkan dengan peranan utama seperti berikut:

Mengendali eksplorasi mineral secara sistematik
Mengendali penyiasatan pelbagai bidang geosains seperti pemetaan geologi, sumber air bawah tanah, geologi kejuruteraan, bencana geologi, geologi alam sekitar, geologi marin, geofizik, dan bidang-bidang geosains lain secara sistematik
Menyedia perkhidmatan analisis geokimia dan ujian fizikal bahan batuan dan mineral
Bertindak sebagai bank data nasional bagi semua maklumat berkaitan dengan geosains dan sumber mineral negara
Mengumpul, menganalisis dan menyebarkan data dan maklumat berkaitan eksplorasi mineral, perlombongan dan aktiviti yang berkaitan
Menyedia perkhidmatan nasihat teknikal dan kepakaran dalam bidang mineral, geosains, perlombongan dan pengkuarian
Membantu dan bekerjasama dengan pihak swasta dan industri dalam usaha pembangunan sektor mineral

Menentukan supaya aktiviti perlombongan mineral serta aktiviti lain yang berkaitan dengannya dijalankan dengan cara yang selamat, cekap dan sistematik

Melaksana dasar dan arahan Kerajaan berhubung dengan industri mineral dan geosains, disamping mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pemindahan teknologi, pembangunan sumber mineral serta mempromosi hasil penyelidikan supaya digunapakai oleh pihak industri

Blueprint Enterprise Architecture (EA) Penyampaian Perkhidmatan JMG

This image for Image Layouts addon

Nilai Bersama

Nilai-Nilai Murni

Nilai-Nilai Murni

  • Bersih, cekap dan berintegriti
  • Sabar, ikhlas dan berhemah
  • Adil dan bijaksana
  • Pekerti mulia
  • Hidup sederhana dan bersyukur
Kerja Berpasukan

Kerja Berpasukan

  • Bertindak menuju satu visi
  • Kepimpinan yang mantap dan telus
  • Mempunyai semangat cintakan organisasi
  • Ringan sama dijinjing berat sama dipikul
  • Memupuk suasana kerja yang harmoni
Menuju Kecemerlangan

Menuju Kecemerlangan

  • Mempunyai wawasan
  • Budaya ilmu
  • Utamakan kualiti
  • Mesra pelanggan
  • Peka dengan arus globalisasi
Profesionalisme

Profesionalisme

  • Bertindak berdasarkan fakta
  • Proaktif, inovatif dan berdaya saing
  • Komited, berdisiplin dan dedikasi
  • Berwibawa dan akauntabiliti
  • Setia
Pelan Strategik Jabatan

Pelan strategik JMG ini merangkumi hala tuju, aspirasi, bidang fokus, analisis persekitaran dalaman dan luaran, strategi- strategi utama dan pelan tindakan bagi memastikan JMG berupaya menghadapi cabaran untuk tempoh lima tahun.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input