Media sosial merujuk kepada saluran komunikasi dalam talian yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan mudah secara bebas, berkongsi dan membincangkan maklumat dengan menggunakan gabungan media yang terdiri daripada teks, gambar, video dan
audio.
Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Blog adalah contoh media sosial yang paling umum digunakan oleh masyarakat di seluruh dunia. Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat, promosi mineral dan geosains perlu melakukan perubahan paradigma dalam penyampaian maklumat. Mengikut kajian terkini, masyarakat lebih bergantung kepada media sosial dalam mendapatkan maklumat-maklumat.
Sehubungan dengan itu, promosi mineral dan geosains perlulah menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Penguasaan ilmu yang betul dalam pengendalian media sosial boleh menjadikan individu / kumpulan lebih berpengaruh. Sebagai contoh, Alibaba.com, Amazon dan lain-lain yang hanya menggunakan platform media sosial dalam menjalankan perniagaan mereka sehingga berjaya merubah gaya dan cara membeli belah dalam kalangan masyarakat dunia.
Sehubungan dengan itu, penguasaan ilmu media sosial yang betul adalah sangat penting dalam promosi kerana dengan menggunakan pelantar media sosial, mesej dan maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat dan berkesan.
Halaman ini adalah sebagai panduan kepada anggota-anggota Pasukan Media Sosial JMG dalam menggunakan media sosial untuk Promosi MIneral dan Geosains.
Walaubagaimanapun anggota-anggota perlulah juga mematuhi segala etika, akta dan undang-undang yang berkaitan.