Prestasi Harga Mineral Minggu, 4 April 2025

WhatsApp Image 2025 04 07 at 5.33.49 PM

Prestasi Harga Mineral Minggu, 4 April 2025

Ketiga-tiga kumpulan mineral logam, tenaga dan bijih telah menunjukkan prestasi negatif dengan peratusan penurunan di antara 0.05% sehingga 9.84%. Bagi kumpulan mineral logam, tembaga dan aluminium telah mencatatkan prestasi tertinggi untuk dijual pada harga USD8,830.00 dan USD2,355.00. Harga bagi arang batu juga telah menurun sebanyak 0.05% untuk dijual pada harga USD99.70 berbanding USD99.75 berbanding minggu sebelumnya. Bijih besi pula dijual pada harga USD102.64 berbanding USD103.77 dengan prestasi penurunan sebanyak 1.09%.

Secara keseluruhan, harga dagangan bagi RE Oksida (REO) ditutup lebih rendah dengan peratusan penurunan di antara 0.12% sehingga 0.34%. Terdapat hanya 4 mineral REO sahaja yang mencatatkan peningkatan harga iaitu REO Cerium, Terbium, Dysposium dan Gadolinium untuk ditutup pada harga jualan USD1,779.16, USD906,010.00, USD229,920.00 dan USD22,992.28 dengan peratusan peningkatan di antara 0.86% sehingga 13.00%.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,899.55 berbanding USD4,902.70 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.06%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input