PRESTASI HARGA MINERAL MINGGU 7 MAC 2025
Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan mineral logam pada minggu berakhir 7 Mac 2025 menaik dengan peratusan di antara 0.70% sehingga 3.82% kecuali bijih besi. Harga nikel menunjukkan kenaikan tertinggi sebanyak 3.82% pada nilai USD16,040.00 diikuti oleh emas sebanyak 3.41% pada nilai USD94.24. Nilai dagangan untuk bijih besi menurun lagi bagi tempoh dua minggu berturut-turut dan diniagakan pada harga USD101.29 berbanding USD102.60 pada minggu sebelumnya.
Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan RE Oksida (REO) semuanya menunjukkan peningkatan di antara 0.04% sehingga 21.43% kecuali Neodymium-Praseodymium yang menurun sebanyak 0.15%. Yttrium menunjukkan peningkatan harga paling tinggi sebanyak 21.43% untuk diniagakan pada harga USD7,639.68, diikuti oleh Cerium sebanyak 15.03% pada harga USD1,651.82. Terbium adalah REO paling tinggi nilai dagangannya iaitu USD894,740.00 yang meningkat sebanyak 1.04% berbanding minggu sebelumnya. REO Neodymium-Praseodymium kekal menurun bagi dua minggu berturut-turut dan didagangkan pada harga USD60,635.68.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,914.17 berbanding USD4,916.71 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.05%.
Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral