Prestasi Harga Mineral Minggu 28 Februari 2025

WhatsApp Image 2025 03 04 at 10.53.37 AM

Prestasi harga dagangan bagi kesemua kumpulan mineral logam pada minggu berakhir 28 Februari 2025 menurun dengan peratusan di antara 1.01% sehingga 6.36%. Penurunan harga tertinggi direkodkan oleh timah dengan harga dagangan sebanyak USD31,300.00 berbanding dengan USD33,427.00 pada minggu sebelumnya. Arang batu kekal dengan harga yang sama iaitu USD99.75 manakala bijih besi mengalami penurunan harga sebanyak 4.23% dengan harga jualan sebanyak USD102.60 bagi setiap tan metrik.

Secara keseluruhan, prestasi harga dagangan RE Oksida (REO) mengalami penurunan harga di antara 0.03% sehingga 1.45%. Penurunan harga tertinggi telah dicatatkan oleh REO Dysprosium dengan harga jualan sebanyak USD233,870.00 berbanding USD237,320.00 pada minggu lepas. Manakala REO yang mengalami peningkatan harga pula adalah seperti REO Cerium dan REO Yttrium yang mengalami peratusan tertinggi sebanyak 19.98% dan 11.53% dengan harga jualan USD1,436.03 dan USD6,291.20 berbanding USD1,196.91 dan USD5,640.62.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah pada harga USD4,916.71 berbanding USD4,918.35 dengan peratusan penurunan sebanyak 0.03%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input