Prestasi Harga Mineral Minggu 24 Januari 2025

WhatsApp Image 2025 01 27 at 11.13.10 AM

Prestasi Harga Mineral Minggu 24 Januari 2025

Prestasi harga pasaran bagi kumpulan mineral logam emas, timah dan nikel telah mencatatkan peningkatan positif di antara 0.95% sehingga 2.40%. Peningkatan harga tertinggi direkodkan oleh timah untuk diniagakan pada harga USD30,100.00 berbanding USD29,395.00 pada minggu lepas. Aluminium dan tembaga mencatatkan penurunan harga sebanyak 0.83% dan 2.34% untuk ditutup pada harga USD2,636.00 dan USD15,465.00. Harga bagi arang batu dan bijih besi pula meningkat sebanyak 0.46% dan 0.13% untuk ditutup pada harga USD109.50 dan USD101.34 untuk setiap tan metrik.

Prestasi bagi kesemuan kumpulan REO (Oksida RE) menunjukkan peningkatan di antara 0.01% sehingga 1.80%. Peningkatan harga tertinggi direkodkan oleh Neodymium-Praseodymium untuk diniagakan pada harga USD56,776.98 berbanding USD55,771.69 pada minggu lepas.

Kumpulan karbonat RE ditutup lebih tinggi pada harga USD4,596.88 setelah mencatat peningkatan sebanyak 1.79% berbanding harga yang direkodkan pada minggu lepas.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input