Prestasi Harga Mineral Minggu 10 Jan 2025

WhatsApp Image 2025 01 13 at 11.53.21 AM

Prestasi Harga Mineral Minggu 10 Jan 2025

Prestasi harga pasaran bagi kesemua mineral logam pada minggu berakhir 10 Januari 2025 adalah meningkat di antara 1.54% sehingga 4.14%. Peningkatan harga tertinggi dicatatkan oleh timah dengan harga jualan sebanyak USD29,800.00 berbanding USD28,615.00 pada minggu sebelumnya. Bagi arang batu dan bijih besi pula telah mengalami penurunan harga sebanyak 8.21% dan 1.36% untuk dijual pada harga USD104.00 dan USD98.09 berbanding USD113.30 dan USD99.44.

Secara keseluruhan, prestasi bagi kumpulan mineral oksida RE (REO) mengalami penurunan di antara 0.44% sehingga 5.42% dengan Lanthanum mencatatkan penurunan harga tertinggi untuk dijual pada harga USD516.94 diikuti dengan Europium sebanyak 0.45% untuk dijual pada harga USD26,530.00. Terdapat juga beberapa REO yang mencatatkan peningkatan harga seperti Terbium dan Holmium yang ditutup pada harga jualan sebanyak USD785,620.00 dan USD56,115.58 berbanding USD766,570.00 dan USD54,930.79 pada minggu sebelumnya.

Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup pada harga yang lebih tinggi iaitu USD4,414.43 berbanding USD4,406.46 dengan prestasi peningkatan sebanyak 0.17%.

Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input