Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input

Terma dan syarat berikut mengawal penggunaan laman web ini. Sila baca terma dan syarat ini dengan teliti sebelum menggunakan atau mengakses laman web ini.

Terma dan syarat ini boleh disemak tanpa notis dari semasa ke semasa.

  1. Penerimaan Terma dan Syarat 

    1. Jika anda terus melayari dan menggunakan laman web ini, anda dengan automatik bersetuju untuk mematuhi dan terikat dengan terma dan syarat penggunaan yang berikut (yang syaratnya termasuk garis panduan dan peraturan yang mungkin dipaparkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dari semasa ke semasa), yang bersama-sama dasar privasi kami, mengawal hubungan Kementerian Kewangan Malaysia dengan anda berhubung dengan laman web ini. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma dan syarat ini, sila jangan gunakan laman web kami.
    2. Anda bersetuju bahawa Kementerian Kewangan Malaysia boleh mengubah suai, menyemak dan meminda terma dan syarat dan/atau menggantung atau menamatkan laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan terus menggunakan laman web ini, anda dianggap telah bersetuju untuk terikat dengan apa-apa pengubahsuaian dan pindaan pada terma dan syarat ini.
    3. Laman web ini mengandungi bahan yang dimiliki oleh atau dilesenkan kepada kami.
    4. Bahan itu termasuk, tetapi tidak terhad kepada, reka bentuk, susun atur, rupa, gambaran dan grafik. Penghasilan semula adalah dilarang.
    5. Anda bersetuju untuk membenarkan Kementerian Kewangan Malaysia berkomunikasi dengan anda melalui pelbagai saluran media dari semasa ke semasa. Saluran media di sini merujuk, tetapi tidak terhad kepada, khidmat pesanan ringkas, khidmat pesanan multimedia, Facebook, e-mel, Twitter, pemesejan segera.
  2. Akaun Majikan

    1. Anda bertanggungjawab untuk mengekalkan kerahsiaan ID Pengguna dan Kata Laluan, dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi semua aktiviti yang berlaku di bawah ID Pengguna dan Kata Laluan anda sama ada benar-benar atau secara jelas dibenarkan dan/atau digunakan oleh anda ataupun tidak.
    2. Akaun anda hanya boleh digunakan oleh seorang pengguna sahaja dan anda tidak akan membenarkan akses serentak menggunakan maklumat akses yang sama.
    3. Laman web ini disediakan atas dasar “seadanya”. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk menyediakan maklumat yang tepat di halaman ini, Kementerian Kewangan Malaysia mahupun mana-mana kakitangannya tidak membuat apa-apa jaminan, tersurat atau tersirat, atau menerima apa-apa liabiliti undang-undang (setakat
      yang dibenarkan oleh undang-undang) atau tanggungjawab bagi kesesuaian, kebolehpercayaan, kekinian, ketepatan atau kesempurnaan maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini. Maklumat dalam laman web ini mungkin mengandungi ketidaktepatan teknikal atau kesilapan tipografi. Maklumat boleh diubah atau dikemas kini tanpa notis. Kementerian Kewangan Malaysia juga boleh membuat penambahbaikan dan/atau perubahan pada laman web ini pada bila-bila masa tanpa notis. Jika anda memberi apa-apa maklumat yang tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, atau jika Kementerian Kewangan Malaysia mengesyaki bahawa maklumat tersebut adalah tidak benar, tidak tepat, tidak semasa atau tidak lengkap, Kementerian Kewangan Malaysia berhak untuk menggantung atau mengeluarkan data anda dan mengeluarkan anda daripada proses penyaringan.
    4. Laman web ini mungkin tidak tersedia untuk semua peranti yang dihubungkan kepada Internet. Anda menanggung semua tanggungjawab berhubung dengan kelengkapan dan perisian pengguna akhir yang diperlukan untuk mengakses laman web ini dan menanggung semua risiko yang berkaitan dengannya.
    5. Laman web ini mungkin tidak tersedia untuk diakses dari semua wilayah, negeri dan negara di dunia ini. Kementerian Kewangan Malaysia berhak, mengikut budi bicara tunggalnya, untuk membataskan atau menamatkan kebolehan anda mengakses laman web ini dari wilayah, negeri atau negara tertentu, dan anda menanggung semua risiko yang berkaitan dengan kebolehcapaian laman web ini dari mana-mana wilayah atau negara di dunia ini yang ditentukan.
    6. Penggunaan laman web ini oleh anda dan apa-apa pertikaian yang timbul daripada penggunaan laman web sedemikian adalah tertakluk kepada undang-undang tempatan, serantau dan antarabangsa.
    7. Kementerian Kewangan Malaysia berhak untuk membataskan atau melarang kemasukan anda ke dalam laman webnya mengikut budi bicara tunggalnya dan tidak akan bertanggungan terhadapnya.
  3. Permohonan
    1. memberi maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap tentang diri anda seperti yang diminta dalam borang pendaftaran; dan
    2. memberi maklumat yang benar, tepat, semasa dan lengkap tentang diri anda seperti yang diminta dalam borang pendaftaran; dan
    3. menyenggara dengan segera mengemas kini data pendaftaran tersebut untuk memastikan ia tepat, semasa dan lengkap.
  4. Penggunaan
    1. Anda bersetuju untuk menggunakan laman web ini hanya untuk tujuan yang sah di sisi undang-undang dan menurut terma dan syarat ini.