Pengurusan Laman Facebook

Muat Naik Bahan

  1. Antara kandungan bahan yang disarankan untuk dimuatnaik adalah seperti berikut:
    • Artikel (keratan akhbar, majalah dan jurnal)
    • Gambar (aktiviti promosi berkaitan)
    • Bahan-bahan infografik dan poster
    • Video (pendidikan dan promosi, teaser dan rangkuman selepas sesuatu program)
    • Iklan atau testimoni
    • Pengumuman dan penghargaan.
  2. Fungsi ‘Share’
    • Maklumat atau artikel yang diterbitkan di Laman Facebook Rasmi JMG perlu dikongsi pada laman Facebook Jabatan.
    • Maklumat atau artikel yang ingin dikongsi perlulah dipastikan kesahihannya terlebih dahulu atau telah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan / Pegawai Media Sosial untuk menjaga imej dan integriti Jabatan.

Masa dan Kekerapan Muat Naik Bahan

Bagi memastikan laman Facebook jabatan sentiasa dikemaskini, masa muatnaik yang dicadangkan haruslah pada seawal pukul 8 pagi. Pada tengahari pula masa yang dicadangkan adalah pada jam 12 hingga 2 petang iaitu pada waktu rehat pejabat manakala pada sebelah petang adalah pada jam 5 petang dan ke atas dengan kekerapan muatnaik sekurang- kurangnya 1-2 kali dalam tempoh 2 hari.

Cara Penulisan

Sesuatu penulisan perlu dimulakan dengan tajuk diikuti dengan pengenalan, isi dan penutup.

  1. Tajuk
    • Mestilah ditulis dalam huruf besar sepenuhnya (Uppercase) dan ditulis dangan ayat yang mampu menarik perhatian pembaca.
  2. Isi
    • Ayat yang ditulis perlulah ringkas dan mudah difahami serta menceritakan artikel / program dengan penggunaan susunan bahasa yang sesuai dengan peringkat umur dan kumpulan sasaran.
    • Penulisan hendaklah dilakukan dengan teknik berkesan (menyentuh emosi dan berhikmah) untuk lebih menarik perhatian pembaca untuk membaca kandungan seterusnya.
    • Jika menulis maklumat berkaitan sesuatu program, ianya perlulah disertakan maklumat yang tepat seperti tarikh, tempat dan nama kenamaan yang terlibat.
    • Elakkan menyentuh isu-isu sensitif yang boleh yang boleh menjejaskan imej Jabatan.
  3. Membuat sedikit rumusan yang ringkas berkenaan artikel sebagai penutup.

Gambar yang ingin dimuatnaik

Gambar adalah satu elemen yang sangat penting dalam menarik perhatian pembaca untuk membuka laman Facebook. Kriteria-kriteria gambar yang menarik adalah :

  1. Berkualiti dan menarik
    • Gambar yang diambil menggunakan kamera atau telefon bimbit, perlulah berkualiti, jelas (tidak kabur dan mempunyai pencahayaan yang cukup) dan mempunyai komposisi yang menarik dan kreatif.
    • Gambar yang dimuatnaik juga perlulah menjaga imej individu dan jabatan.
    • Gambar-gambar peribadi dan perkara-perkara sulit (surat, maklumat kakitangan, pekeliling dan dokumen rasmi) adalah dilarang untuk dimuatnaik.
    • Tidak dibenarkan untuk memuatnaik gambar-gambar yang tidak berkaitan dengan tugas harian (gambar swafoto dan jamuan makan)
  2. Bilangan gambar
    • Proses memilih gambar perlulah dilakukan dengan teliti. Dicadangkan supaya tidak memuatnaik gambar yang terlalu banyak kerana dikhuatiri pengguna tidak akan melihat gambar- gambar tersebut dan supaya hanya kualiti gambar yang dititik beratkan dan bukannya kuantiti.
  3. Cara muatnaik gambar
    • Jika gambar yang ingin dimuatnaik adalah dalam kuantiti yang banyak (lebih daripada 1 gambar) dan berkaitan dengan satu aktiviti / program yang sama dicadangkan supaya ianya dimuatnaik dalam bentuk album supaya pengurusan penyimpanan di arkib adalah lebih teratur.

Tip-tip Pengurusan Laman Facebook

  1. ‘Invite’rakan di Facebook.
  2. Minta rakan untuk ‘Invite’rakan lain.
  3. Menyediakan jadual muatnaik bahan dan mengikut jadual tersebut.
  4. Tanya soalan untuk menarik pengguna Facebook lain.
  5. Post pada waktu-waktu yang sesuai untuk menarik ramai pengguna Facebook membaca post tersebut.
  6. Adakan peraduan Facebook untuk memeriahkan lagi laman Facebook.
  7. Gunakan Facebook Ads untuk mempromosi laman Facebook.

Tatacara Kiriman Siaran Berita

IMG 3910  Sila ke Facebook Rasmi JMG (Ibu Pejabat) melalui pautan https://www.facebook.com/jmgmalaysia
   
IMG 3907 Setelah berjaya log masuk, sila klik butang Switch untuk akses ke Facebook Rasmi JMG (Ibu Pejabat).
   
IMG 3909 Klik module Cipta Kandungan untuk memasukkan kandungan.
   
IMG 3910 Ruangan memasukkan kandungan akan dipaparkan.