Page 93 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 93

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030


             5.11    KEHIDUPAN DI DARATAN (15)



                ●  Matlamat SDGs; Melindungi, memulihkan dan menggalakkan penggunaan secara
                    lestari ekosistem daratan dan mengurus hutan secara lestari.

                ●  Peranan  Geopark;  Mencegah  penggondolan  tanah,  menghentikan  degradasi

                    serta  menghentikan  kehilangan  biodiversiti  melalui  penguatkuasaan  undang-
                    undang secara berkesan.



             5.12   KEAMANAN KEADILAN DAN KEKUATAN INSTITUSI (16)



                ●  Matlamat  SDGs;  Menggalakkan  masyarakat  yang  aman  dan  inklusif  demi
                    pembangunan  lestari,  menyediakan  akses  kepada  keadilan  untuk  semua  dan

                    membina institusi masyarakat yang bertanggungjawab di semua peringkat.
                ●  Peranan  Geopark;  Menyediakan  persekitaran  yang  aman  dan  tenang,

                    menggalakkan  kedaulatan  undang-undang  dan  memastikan  akses  yang  sama
                    kepada  sistem  keadilan,  membanteras  rasuah  dan  mengurangkan  jenayah

                    melalui penguatkuasaan undang- undang secara berkesan.



             5.13   KERJASAMA DEMI MATLAMAT (17)


                ●  Matlamat SDGs; Memperkukuh cara pelaksanaan dan menggiatkan kerjasama

                    global untuk pembangunan mampan. (Strengthen the means of implementation
                    and revitalize the Global Partnership for Sustainable Development.)

                ●  Peranan  Geopark;  Kerjasama  daripada  pihak  berkepentingan  seperti  pihak
                    berkuasa  negeri  dan  tempatan  terutama  sekali  komuniti  setempat  yang

                    merupakan antara syarat dalam membangunkan sesuatu geopark.




                    Bagi  geopark  yang  berada  di  kawasan  tadahan  air,  ia  turut  membantu  dalam

             merealisasikan  agenda  Sumber  Air  Bersih  (6);  geopark  kepulauan  dan  pesisiran
             membantu  agenda  Kehidupan  Bawah  Air  (14);  geopark  di  kawasan  perbukitan  atau

             pegunungan  membantu  agenda  Kehidupan  di  Daratan  (15);  dan  bagi  geopark  yang
             matang ia turut membantu agenda Keamanan, Keadilan dan Kekuatan Institusi (16).

             (Rajah 6).

         78
   88   89   90   91   92   93   94   95   96   97   98