Page 95 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 95
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
6.0 GEOPARK SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA
6.1 KOMUNITI DAN WILAYAH
Penubuhan geopark adalah suatu cadangan komuniti bersasar untuk meningkatkan taraf
ekonomi melalui aktiviti dalam wilayah geopark. Konsep penubuhan geopark mengguna
pakai akta dan enakmen sedia ada serta tidak melibatkan sebarang perubahan kepada
persempadanan atau perubahan pentadbiran daerah dan negeri.
6.1.1 Pembangunan Modal Insan
Latihan komuniti terlibat, keyakinan diri, pengetahuan budaya setempat,
latihan jurupandu, program latihan dan peningkatan kemahiran (reskill upskill),
kreativiti dan inovasi, kemahiran, kurang kebergantungan pada sumber terhad,
pengurusan koperasi, pengurusan aktiviti pelancongan dan pemuliharaan,
jaringan perniagaan, pengkhususan keselamatan, kembara dan rekreasi,
kesiapsiagaan bencana, kemahiran teknikal, pengurusan pengangkutan,
kemahiran pengendalian makanan, kemahiran komunikasi dan interpretasi,
penguasaan kemahiran berbahasa.
Rajah 7: Contoh-contoh Kursus dan Webinar.
6.1.2 Peningkatan Taraf Sosio-Ekonomi
Peningkatan taraf sosio-ekonomi melalui peluang pekerjaan baharu,
kepelbagaian aktiviti ekonomi, usahawan daerah berkelompok menghasilkan
geoproduk, produk kraftangan pelbagai, penghasilan produk makanan basah dan
kering identiti geopark (geofood), perkhidmatan termasuk pengangkutan,
penginapan dan hospitaliti komuniti setempat.
80