Page 97 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 97
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Pembangunan geopark akan memberikan tumpuan kepada ‘pelancongan
lestari’ (atau pelancongan ilmu) yang memberikan tumpuan kepada dua strategi
asas iaitu: a) menambah baik produk pelancongan sedia ada; dan b)
memperkenalkan produk pelancongan baharu berinovasi iaitu geopelancongan.
Tumpuan menghasilkan produk pelancongan akan diberikan kepada
pembangunan geotapak dan geotrail.
6.1.3 Prasarana
Pembangunan fizikal dan prasarana dapat yang menunjukkan keterlihatan
sesebuah geopark. Beberapa infrastruktur berkaitan seperti galeri awam geopark
yang mempamerkan maklumat geotapak, bio tapak, tapak budaya, komuniti,
produk geopark dan geotrail. Infrastruktur berkenaan hendaklah dilengkapkan
dengan penerangan yang jelas menggunakan beberapa bahasa, lazimnya
dwibahasa (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris).
Pemasangan papan tanda, billboard, pintu gerbang dan label serta
penunjuk arah ke geopark dan geotapak diletakkan di laluan utama; Anda kini
telah memasuki kawasan geopark. Kemudahan asas di geotapak awam
hendaklah disediakan ataupun menggunakan kemudahan sedia ada seperti
laluan pejalan kaki dan penghadang keselamatan, tempat pakir, tandas, ruang
rehat, kafe, taman permainan kanak-kanan dan surau.
Penghasilan rekabentuk yang menarik, menonjol dan seragam, dapat
menarik perhatian orang ramai dan pengunjung bagi mewujudkan ‘Sense of
Welcoming’. Di samping itu, prasarana maya melalui penyediaan media sosial,
laman sesawang dan sebagainya dapat mempromosi geopark dengan pantas.
82