Page 102 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 102
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
kenderaan air (perahu, kayak) atau berjalan kaki. Laluan georintis boleh
dibahagikan kepada pakej-pakej geopelancongan di bawah agensi pelancongan
negeri atau kebangsaan. Geotapak dan geotrail yang telah berjaya iaitu
Geotapak Gua Tempurung, Geotapak Tasik Dayang Bunting, Geotapak
Machinchang Cambrian Geoforest Park, Geotapak puncak Jerai, Kinabalu
Geopark Summit Trail, Geotrail Kilim Karst Geoforest Park, Geotapak Hentaman
Meteorit Bukit Bunuh, Geoarkeologi Kompleks Kepala Gajah Lenggong,
Geotapak Permatang Kuarzit Gunung Pulut, Geotrail Bako National Park, Geotrail
Fairy-Wind Cave Nature Reserve, Geotrail Tanjung Kubong (geologi dan budaya-
sejarah), Geotrail Evolusi Pulau Labuan, Georekreasi Pulau Rusukan Besar-
Pulau Kuraman-Pulau Burong.
Produk sampingan/antropogenik
Produk geopark yang mempamerkan identiti geopark tersendiri seperti makanan
(geofood) : dangai, pulut haru manis, laksa kedah, sate semeling, mee udang,
kebebe, ikan pekasam; hasil laut : rumpai laut, terubuk masin, gamat, ikan bilis,
keropok lekor; kraf tangan : perhiasan rumah, perhiasan wanita, batik, senjata
tradisional dan produk geopark yang lain.
87