Page 103 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 103
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
Rajah 12: Contoh pembangunan produk dan komuniti.
6.2 PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM
Rajah 12: Contoh pembangunan produk dan komuniti.
Aktiviti pendidikan awam perlu dilakukan secara berterusan di beberapa peringkat
sekolah (rendah, menengah rendah, institusi pendidkan tinggi (awam dan swasta), pihak
berkepentingan, komuniti setempat dan orang awam. Aktiviti pendidikan dan kesedaran
awam boleh dilaksanakan melalui pelbagai kaedah digital, media sosial, info panel,
pameran, bahan penerbitan, galeri, duta geopark dan geoguide. Pelbagai program boleh
dijalankan melalui hubungan antara geopark, Coperate Social Responsibility (CSR),
sekolah angkat geopark yang melibatkan kanak-kanak dan guru, penubuhan kelab dan
persatuan untuk memperkasa belia, serta komuniti di geotapak untuk meningkatkan rasa
kebanggaan dan jati diri serta memupuk nilai kesepunyaan. Peningkatan kesedaran
awam dan tanggungjawab dapat ditingkatkan melalui konsep “geotapak angkat” dalam
kalangan NGO, agensi atau orang perseorangan bagi tujuan kebersihan dan
peningkatan fasiliti untuk mengurangkan kebergantungan kewangan negara.
88