Page 106 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 106
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
6.3 PEMERKASAAN WANITA
Golongan wanita adalah salah satu tonggak penting dalam pembangunan
sesebuah negeri dan negara. Kepimpinan wanita di sektor awam dan juga korporat pada
masa kini menunjukkan kaum wanita telah diberi kepercayaan dalam pembangunan
negara. Penglibatan wanita diberikan penekanan khusus dalam penubuhan serta
pembangunan geopark bagi memenuhi matlamat pembangunan lestari (SDGs) Ke-5
iaitu kesaksamaan jantina dan memperkasakan wanita dan kanak-kanak perempuan.
Penglibatan sekumpulan wanita telah diambil kira dalam penilaian sesebuah geopark
untuk diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan. Oleh itu, geopark adalah wadah yang
sesuai bagi memperkasa golongan wanita. Golongan wanita berpeluang terlibat di dalam
banyak aspek seperti pengurusan, kepimpinan, pembuat keputusan, penganjuran
aktiviti, penggubal serta pelaksanaan dasar dan lain-lain. Perkembangan terkini
menunjukkan hampir 50% golongan yang bergiat dalam pembangunan geopark negara
adalah terdiri daripada kaum wanita. Peratusan ini dapat ditingkatkan dengan
penglibatan secara aktif Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan
Kesejahteraan Komuniti (KPWK) melalui penganjuran beberapa program dan
pelaksanaan pelbagai inisiatif berkaitan. Penglibatan sekumpulan wanita dalam
pembangunan geopark dapat dipertingkat dan diperkasa melalui beberapa perkara
antaranya penyaluran dana, peningkatan kemahiran, promosi produk geopark,
pengurusan dan penyediaan insentif berkaitan. Penyaluran dana tahunan secara
berterusan kepada golongan wanita yang disasarkan seperti wanita kategori ibu tunggal
dan berpendapatan rendah dapat membantu dalam meningkatkan ilmu keusahawanan
berasaskan komuniti di dalam wilayah geopark.
Wanita adalah golongan yang komited dalam memajukan aktiviti berkaitan
pengeluaran produk geopark setempat dengan tekun dan sistematik. Kemahiran
golongan wanita dapat dipertingkatkan melalui siri latihan dalam pelbagai bidang yang
berkaitan seperti penyediaan geomakanan (geofood), cenderamata, kraftangan,
pengendalian penginapan, penganjuran kebudayaan dan geoaktiviti serta geokreativiti.
Kepakaran wanita dalam aspek geomakanan dapat memperkenalkan dan mempromosi
keunikan makanan setempat untuk diangkat sebagai produk geopelancongan.
Keupayaan dan kreativiti golongan wanita dapat memperkenalkan pelbagai
cenderamata dan kebudayaan setempat. Golongan wanita juga perlu diperkasa di
peringkat pengurusan tertinggi dan penggubal dasar berkaitan geopark melalui
91