Page 109 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 109

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030




             habitat kepada flora dan fauna termasuk ketamadunan manusia. Berdasarkan senarai
             itu, pemuliharaan warisan geologi memainkan peranan penting agar sumber – sumber

             berkenaan  dapat  dikekalkan  untuk  penghayatan  fizikal  yang  berlanjutan,  menjamin
             keseimbangan  ekosistem  dan  mengurangkan  ancaman  kemerosotan.  Usaha

             pemuliharaan dan pemeliharaan sumber warisan geologi yang tidak dapat diperbaharui
             perlu dilakukan secara terfokus bagi setiap geotapak di dalam geopark.





             6.5    MENJAYAKAN PEMBANGUNAN SECARA LESTARI


                    6.5.1  Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs)


                    Geopark membantu mencapai Matlamat Pembangunan Lestari serta mengambil

                    tindakan kelestarian secara terus dan menyeluruh di dalam wilayahnya.


                    Aktiviti kelestarian yang menyokong SDG negara adalah bagi mencapai tiga belas
                    (13) matlamat (Rajah 6, Bab 5)



                    6.5.2  Teknologi Hijau


                           Falsafah geopark memberikan penekanan kepada tindakan bersama untuk

                    menjayakan  wawasan  pembangunan  lestari.  Aspek  terpenting  yang  diberikan
                    perhatian  awal  ialah  menyediakan  Pelan  Pemuliharaan  Geotapak,  dan  Pelan

                    Pembangunan sesebuah Geopark. Pelan pertama memberikan perhatian kepada

                    pemuliharaan geotapak iaitu komponen warisan alam/tabii yang belum pernah
                    diberikan perhatian. Pelan kedua pula ialah satu perancangan dan iltizam semua

                    pihak berkepentingan untuk melaksanakan aktiviti dan projek geopark berkaitan
                    pemuliharaan  warisan,  pendidikan  awam,  meningkatkan  penglibatan  komuniti

                    setempat dalam proses membuat keputusan dan mengambil peluang perniagaan,
                    dan pembangunan pelancongan lestari (geopelancongan).



                      i.   Menggalakkan  penggunaan  tenaga  solar  di kawasan  geopark  –  inisiatif
                           yang  diambil  oleh  NRECC  dalam  usaha  penjimatan  bahan  api  yang

                           menggunakan sumber diperbaharui, contoh di Geotapak Pulau Songsong,
                           Viewpoint Wang Kelian.
         94
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114