Page 92 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 92
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
● Peranan Geopark; Pembangunan mampan di sekitar kawasan geopark dapat
dicapai dengan kawalan pembangunan secara menyeluruh terutama sekali
apabila kedudukan kawasan geotapak yang berdekatan dengan kawasan
perbandaran serta membantu mewujudkan bandar hijau.
5.8 PENGGUNAAN DAN PENGELUARAN BERTANGGUNGJAWAB (12)
● Matlamat SDGs; Memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan.
(Ensure sustainable consumption and production patterns.)
● Peranan Geopark; Melalui pembangunan geopark, kesedaran dan perhatian
orang awam terhadap penggunaan sumber semula jadi dan kepentingan flora dan
fauna akan dapat diberikan pendedahan.
5.9 TINDAKAN TERHADAP PERUBAHAN IKLIM (13)
● Matlamat SDGs; Mengambil tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim
dan kesan-kesannya. (Take urgent action to combat climate change and its
impacts.)
● Peranan Geopark; Wilayah geopark akan dapat mempertahankan liputan
kawasan hijau berikutan kedudukan geopark yang merangkumi kawasan
pembangunan dan membantu negara ke arah neutral karbon.
● Memperkasakan komuniti terhadap perubahan iklim melalui program kesedaran
awam.
5.10 KEHIDUPAN BAWAH AIR (14)
● Matlamat SDGs; Memelihara dan menggunakan lautan, laut dan sumber marin
secara lestari.
● Peranan Geopark; Melalui pembangunan geopark, peneyelidikan berterusan
boleh dilakukan bagi meningkatkan pengetahuan saintifik, pembangunan
teknologi untuk kelestarian lautan, menyokong nelayan berskala kecil dan
menguatkuasakan undang-undang laut antarabangsa.
77