Page 89 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 89
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
5.0 KONSEP PEMBANGUNAN GEOPARK SELARI DENGAN
MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI (SDGs)
Penubuhan geopark merupakan salah satu langkah yang paling strategik dan
berkesan terutamanya dalam mengawal pembangunan di sekitar geopark secara
bersepadu dan mampan. Ini kerana melibatkan lima (5) bidang utama iaitu pendidikan,
kebudayaan, pembangunan mampan, sains dan pemerkasaan wanita. Ini secara
langsung berupaya ke arah mencapai matlamat-matlamat pembangunan lestari (SDGs)
seperti di Rajah 6 yang merupakan agenda pembangunan jangka panjang sehingga
tahun 2030 yang bermatlamat untuk memelihara keperluan asas global, ketahanan
masyarakat daripada bencana, hak asasi manusia dan mengukuhkan keamanan
sejagat. Elemen SDGs yang berupaya menyumbang kepada Matlamat Pembangunan
Mampan melalui Pembangunan Geopark Negara (Rajah 6)
Rajah 6: Tujuh belas (17) matlamat pembangunan lestari (SDG) yang digariskan oleh
United Nation General Assembly (UN-GA) dikenali Agenda 2030.
Berikut adalah perkaitan tiga belas (13) elemen SDGs yang berupaya
menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan melalui Pembangunan
Geopark Negara iaitu:
74