Page 91 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 91

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030






             5.4    KESAKSAMAAN JANTINA (5)


                ●  Matlamat  SDGs;  Mencapai  kesaksamaan  jantina  dan  memperkasakan  wanita

                    dan kanak-kanak perempuan. (Achieve gender equality and empower all women

                    and girls.)
                ●  Peranan Geopark; Program keusahawanan pelancongan terutama berasaskan

                    komuniti akan dapat memperkasakan wanita terutama di kawasan luar bandar di
                    sekitar tapak geopark.



             5.5    AIR BERSIH DAN SANITASI (6)



                ●  Matlamat  SDGs;  Memastikan  ketersediaan  dan  pengurusan  air  serta  sanitasi
                    yang lestari untuk semua.

                ●  Peranan Geopark; Pengurusan geopark boleh menggalakkan penjimatan air dan

                    menyokong sistem pertanian yang tidak menyebabkan pencemaran dan mesra
                    alam sekitar.



             5.6     PEKERJAAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI (8)


                ●  Matlamat SDGs; Menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif,

                    guna tenaga kerja yang penuh dan baik serta produktif untuk semua. (Promote
                    sustained,  inclusive  and  sustainable  economic  growth,  full  and  productive

                    employment and decent work for all.)
                ●  Peranan  Geopark;  Melalui  pembangunan  geopark,  ekonomi  kawasan  sekitar

                    akan turut meningkat melalui kemasukan pelancong dan peluang pekerjaan.



             5.7    BANDAR DAN MASYARAKAT MAMPAN (11)


                ●  Matlamat  SDGs;  Menjadikan  bandar  dan  penempatan  manusia  yang  inklusif,

                    selamat,  berdaya  tahan  dan  mampan.  (Make  cities  and  human  settlements

                    inclusive, safe, resilient and sustainable).


         76
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96