Page 6 - Pelan Strategik ICT (ISP) JMG 2016 - 2020
P. 6

PELAN STRATEGIK ICT 2016-2020
                                                                 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)


                                               1.0  PENGENALAN



                  Sepanjang  tempoh  Rancangan  Malaysia  Ke–10  (RMKe–10)  2011  –  2015,

                  pelbagai  inisiatif  ICT  telah  dilaksanakan  dalam  usaha  mentransformasi  negara
                  untuk menjadi sebuah negara berekonomi digital dan berinovatif.


                  Susulan  daripada  itu,  dalam  tempoh  Rancangan  Malaysia  Ke-11  (RMKe–11)

                  2016  –  2020,  tumpuan  akan  diberikan  untuk  memacu  ICT  dalam  ekonomi

                  berasaskan  pengetahuan  melalui  inovasi  dan  produktiviti  bagi  meningkatkan
                  daya saing dan penjanaan kekayaan.


                  Sehubungan  itu,  perancangan  dan  penyelarasan  pelaksanaan  inisiatif  ICT

                  adalah amat perlu di dalam organisasi bagi memastikan inisiatif tersebut adalah

                  koheren dan selari dengan hala tuju strategik sesebuah organisasi.


                  Justeru  itu,  Cawangan  Pengurusan  Maklumat  (CPM)  Jabatan  Mineral  dan
                  Geosains  Malaysia  (JMG)  mengambil  inisiatif untuk  membangunkan Pelan

                  Strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication
                  Technology  Strategic  Plan  (ISP))  JMG  2016  –  2020.  Dokumen  ini  akan

                  menjadi rujukan  utama  dalam  pelaksanaan  projek  ICT  di  JMG  berdasarkan
                  pelan tindakan ICT dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti.



                  Pembangunan  ISP  JMG  2 0 1 6        –   2 0 2 0   ini  dibuat  secara  dalaman  dan
                  mengambil  m a s a   lima bulan untuk dimuktamadkan.


























                  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia                                                1
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11