Page 5 - Pelan Strategik ICT (ISP) JMG 2016 - 2020
P. 5

PELAN STRATEGIK ICT 2016-2020
                                                                 JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG)


                           PRAKATA KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)





                                                  Assalamualaikum  warahmatullahi  wabarakatuh  dan
                                                  Salam 1Malaysia,


                                                  Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke
                                                  hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan

                                                  hidayah-Nya  maka  dapat  kita  menghasilkan  Pelan
                                                  Strategik  Teknologi  Maklumat  dan  Komunikasi

                                                  (Information    and    Communication       Technology
                  Strategic Plan (ISP)) JMG 2016 – 2020. Saya menyeru agar semua warga JMG

                  dapat  menghayati  hala  tuju  ICT  yang  ditetapkan,  memberikan  komitmen  penuh

                  serta  sama-sama  berusaha  dengan  gigih  bagi  memastikan  program  ICT  yang
                  dirancang dapat direalisasikan bagi menyokong visi dan misi JMG.


                  Pada masa kini, ICT merupakan pemangkin utama di dalam memberi sumbangan
                  besar dan bermakna kepada transformasi sektor awam. ISP JMG 2016-2020 telah

                  menggariskan  empat  (4)  teras  strategik  ICT  yang  akan  dijadikan  asas  dalam
                  perancangan  ICT  Jabatan.  Teras-teras  tersebut  ialah  Memperkasakan

                  Perkhidmatan  digital  bersepadu  dan  berpacukan  data,  Memperkasakan
                  Perkhidmatan  infrastruktur  dan  keselamatan  siber,  Tadbir  Urus  ICT  yang

                  kolaboratif  dan  dinamik  dan  Pemantapan  modal  insan  dan  pembudayaan  ICT.

                  Berdasarkan  teras-teras  ini,  sebanyak    11  strategi  dan  27  program  ICT  telah
                  dikenalpasti bagi pengukuhan pelaksanaan ICT JMG bermula tahun 2016 hingga

                  2020.

                  Setinggi-tinggi  penghargaan  dan  terima  kasih  diucapkan  kepada  semua  pihak

                  yang telah memberi kerjasama di dalam usaha menyediakan ISP JMG  ini.






                  HAJI SHAHAR EFFENDI BIN ABDULLAH AZIZI
                  Timbalan Ketua Pengarah, Korporat dan Ekonomi Mineral.
                  Merangkap Ketua Pegawai Maklumat (CIO),
                  Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia

                  14 Februari, 2017



                  Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia                                                iii
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10