soalan lazim hubungi kami maklum balas direktori kakitangan peta laman

Kaji Selidik ESG 1

Selari dengan perkembangan kemajuan dan keperluan kemampanan, kesedaran mengenai inisiatif-inisiatif Environmental, Social and Governance atau ESG initiatives menjadi semakin penting dan telah diberikan perhatian yang meluas. Ini termasuklah bagi industri mineral yang secara langsung terlibat dengan pengurusan terhadap kesan alam sekitar dan sosial, yang menghendakkan amalan tadbir urus secara bertanggungjawab di sepanjang rantaian dalam industri ini.

Dalam konteks ini, pelbagai pihak termasuk pelabur, pengawal selia dan pihak berkepentingan semakin menuntut agar syarikat/ organisasi yang terlibat dalam industri mineral menyepadukan pertimbangan ESG ke dalam strategi perniagaan serta semasa membuat keputusan untuk mengurus risiko, mengurangkan kesan alam sekitar dan sosial serta meningkatkan penciptaan nilai jangka panjang.

Bagi mengenalpasti dan mengukur tahap penglibatan dan ketersediaan syarikat/ organisasi/ pihak berkepentingan dalam industri mineral ini terhadap inisiatif pelaporan ESG ini, satu kajian soal selidik telah disediakan. Maklum balas yang diperolehi akan selanjutnya dianalisa bagi merangka suatu gerak kerja dan pelan tindakan yang bersesuaian bagi memperkenal, mengukuh kefahaman terhadap keperluan dan kepentingan ESG di sepanjang rantaian industri mineral di Malaysia.

Sehubungan itu, kerjasama pihak YBhg./ YH Dato’ / Ir./ Tuan/ Puan adalah dipohon untuk membuat hebahan dan menjemput semua pihak yang terlibat dengan industri mineral pada semua peringkat rantaian untuk terlibat dengan kajian soal selidik ini.

Borang soal selidik ini boleh dicapai melalui pautan https://forms.gle/DHmGXu2wafb2dFkK6

Kajian soal selidik ini dibuka sehingga 30 April 2023.

register company cyprus

Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) melalui surat bertarikh 23 Januari 2020 telah meluluskan permohonan untuk mewujudkan kod bidang geologi di bawah perkhidmatan perunding fizikal, bidang bukan kejuruteraan dalam perolehan kerajaan iaitu Kod 330211 – Geologi. MOF telah mensyaratkan bahawa firma dan individu tempatan/asing yang ingin berdaftar dengan MOF dalam bidang perkhidmatan perunding fizikal di bawah kod Geologi hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan BoG.

Sehubungan dengan itu, BoG akan mula mendaftar firma perunding geologi bermula pada 22 Jun 2020. BoG telah menyediakan Garis Panduan Pendaftaran dan Tatacara Permohonan untuk rujukan firma perunding geologi yang ingin berdaftar dengan BoG.

Senarai tersebut boleh dirujuk melalui pautan berikut.

elprb

Unit Tekno Ekonomi, Cawangan Ekonomi Mineral telah membangunkan modul pelaporan dalam talian bagi Ringkasan Perangka Lombong Bulanan atau eRPLB.

eRPLB ini disasarkan kepada kumpulan pengguna yang merupakan pengusaha kepada aktiviti perlombongan di seluruh negara, dan penggunaan eRPLB ini akan menggantikan penggunaan format pelaporan semasa (menggunakan Borang JMG 338 RPLB Pin. 1/99) yang selama ini dikemukakan secara manual, secara berperingkat.